Belum Buka Kedai Mangsa Banjir Dah Tunggu Nak Tukar Baju Basah, Peniaga Bundle Sebak Sedekah Pakaian

Fenomena banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia nyata meruntunkan hati ramai pihak.

Dapat kita lihat menerusi beberapa buah video dimana air naik mendadak sehingga ke paras bahaya menyebabkan tanah runtuh, penutupan jalan, banjir kilat dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang kehilangan harta benda seperti duit, barang kemas, kereta, pakaian dan juga yang paling sedih, kehilangan tempat tinggal.

Ekoran situasi tersebut, ramai yang bertindak untuk menyalurkan bantuan daripada pelbagai segi seperti wang tunai, kelengkapan bayi dan makanan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga bundle di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor yang membuat agihan baju percuma pada Ahad lalu mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Mohd Ismail Abdullah, 38, berkata dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan memandangkan ramai orang sekeliling di kawasan itu teruk terjejas disebabkan oleh banjir yang melanda.

“Pertamanya, saya bersyukur kawasan sekitar kedai dan rumah saya tidak ditenggelami air banjir. Saya lihat komuniti dekat-dekat kawasan ini banyak yang terjejas.”

“Saya tengok kedai kawan-kawan pun banyak yang ditenggelami air. Dalam keadaan itu, saya niatkan buka kedai untuk bagi pakaian secara percuma. Sesiapa yang datang, boleh ambil saja.”

“Sebelum saya buka pintu kedai dah ada makcik-makcik yang menunggu kat depan. Mereka tak tahu pun yang saya nak bagi percuma, pada pagi itu saya belum buat hebahan lagi.”

“Ada yang datang dengan duit RM10, nak beli pakaian sebab baju dipakai mereka sudah basah. Kita faham, mereka dilanda musibah, jadi saya pun niatkan untuk bersedekah,” ujarnya.

Lebih mesra disapa mael, dia juga mendedahkan kedainya itu dikujungi lebih 100 pelanggan yang terdiri daripada mangsa banjir pada hari tersebut.

“Saya sedih tengok mereka. Kebetulan pusat pemindahan hanya 400 meter dari kedai saya. Yang mana datang, saya minta mereka uar-uarkan pada orang lain pula.”

“Saya terharu dapat bantu, saya bukannya Ustaz Ebit Lew. Kali ini rasa berbesar hati dapat bantu mereka yang sedang memerlukan.”

“Lagi terkejut bila video di kedai bundle saya turut viral di TikTok. Saya terharu baca komen netizen semua,” ujarnya lagi.

Menerusi sebuah video, kelihatan seorang wanita yang sebak elepas dia menerima pakaian percuma yang diberikan oleh Mael di kedainya.

Difahamkan, kedai Z Bundle itu sebelum ini diusahakan oleh bekas majikannya, namun ia diambil alih oleh dia sendiri pada tahun 2017.

“Saya ni baru saja terlepas. Baru nak bernyawa selepas Covid-19 melanda. Masa Covid-19, agak perit sebenarnya.” katanya yang sudah 15 tahun berniaga.

“Dulu saya makan gaji, kemudian saya ambil alih daripada bos pada tahun 2017. Saya ni dikira bernasib baik sebab berniaga sendiri, tiada staf.

“Isteri saya kerja pembantu klinik. Ketika kedai tak dibuka, dia yang banyak bantu selama ini,” ujarnya lagi.

Video yang tular:

@maelzbundle##banjir2021 ##banjirshahalam2021 ##zbundle ##zbundleseksyen16 ##zbundleseksyen16shahalam ##kamisempoi ##malaysiatiktok

♬ bunyi asal – Mael Z Bundle

The post Belum Buka Kedai Mangsa Banjir Dah Tunggu Nak Tukar Baju Basah, Peniaga Bundle Sebak Sedekah Pakaian appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3ebYqaK
via IFTTT
loading...

0 Response to "Belum Buka Kedai Mangsa Banjir Dah Tunggu Nak Tukar Baju Basah, Peniaga Bundle Sebak Sedekah Pakaian"

Post a Comment