“Comel macam teddy bear,” Satu Dalam Sejuta, Bayi Ini Buat Ramai Geram

Siapa je antara kita yang tak suka cium bayi? Apabila kita melihat bayi, ungkapan pertama yang akan keluar dari mulut kita pasti berbunyi begini “alolo” atau “awww”, buat kita rasa nak je cubit pipi gebu mereka!

Tiada apa yang dapat menandingi kecomelan bayi. Ciri-ciri fizikal mereka yang kecil, mata yang bulat dan besar, pipi kemerah-merahan serta senyuman yang mampu menenangkan hati.

Seperti di negeri Bumi Kenyalang, seorang bayi telah mencuri perhatian ramai dengan keunikan dan kecomelan yang ada pada dirinya!

Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsi oleh seorang gadis bernama @avelina_93 telah memaparkan seorang bayi dipercayai berusia tujuh bulan dan digelar satu dalam sejuta kerana berbulu lebat di sekitar muka, tangan serta kakinya.

Ramai wargamaya yang menggelarkan bayi tersebut teddy bear kerana gebu dan comel.

Video yang mampu bikin ramai geram dengan kecomelannya itu telah meraih tontonan sebanyak 1.8 juta kali, 170.2 ribu tanda suka, 3189 komen dan 6287 perkongsian!

Video tular di laman Tiktok:

@avelina_93##babyoneinamillion##sarawakian##hospitalumumsarawak#♬ One In A Million – Ne-Yo

Di ruangan komen, seorang wanita berkata dahulu dia dan ibu si bayi ini pernah ditempatkan di bilik yang sama selepas bersalin. Ibu kepada bayi ini juga dikatakan sangat baik dan peramah.

Tambah wanita itu lagi, bayi ini dan anaknya dahulu dimasukkan ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) di mana ianya tempat untuk bayi yang lahir awal dan mempunyai masalah kesihatan.

Selain itu, ada juga yang berkata fenomena yang berlaku kepada bayi istimewa ini dipanggil Hypertrichosis, atau juga dikenali sebagai Werewolf Syndrome, dimana keadaan yang dikategorikan dengan penumbuhan bulu yang berlebihan di mana-mana bahagian pada tubuh badan seseorang.

Namun hingga sekarang masih tiada sebarang kesahihan mahupun kenyataan yang mengesahkan keadaan bayi tersebut adalah seperti yang dinyatakan oleh wargamaya tersebut.

Rata-rata wargamaya memuji kecomelan bayi tersebut dan mendoakan kesihatannya. Segelintir wargamaya juga teringin untuk bertemu dan mencium bayi teddy bear tersebut.

Berikut adalah komen-komen menarik di TikTok

“SHES LIKE A TEDDY BEAR OMG SHES ADORABLE”

“actually I was born like that but less a bit. but as I grow up, dia gugur semua. still a lot of hair but dia akan gugur so jangan risau”

“So cute baby!”

The post “Comel macam teddy bear,” Satu Dalam Sejuta, Bayi Ini Buat Ramai Geram appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3sBkXqb
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Comel macam teddy bear,” Satu Dalam Sejuta, Bayi Ini Buat Ramai Geram"

Post a Comment