Selepas beberapa hari fenomena banjir melanda beberapa kawasan di semenanjung Malaysia, kini bantuan untuk mangsa banjir giat dijalankan bagi meringankan lagi beban mereka.
Pelbagai jenis bantuan diberikan dari pelbagai sudut. Ada yang memberikan makanan dan ada juga yang membantu merbersihkan rumah dan kawasan yang terjejas oleh kerana bencana banjir.
Namun lain pula jadinya dengan sekumpulan pemuda yang dipercayai pasukan bomba sukarela dari Pulau Pinang didakwa sedang bertengkar dengan dua pekerja di sebuah plaza tol kerana enggan membayar tol.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @andy8836, pasukan bomba sukarela tersebut dikatakan dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir dan meminta untuk dikecualikan dari membayar tol.
Ekoran hal itu, seorang pekerja to tampil memaklumkan bahawa tiada pengecualian pembayaran tol bagi setiap individu yang melalui laluan lebuh raya melainkan beberapa agensi yang telah ditetapkan namun sukarelawan tersebut masih tidak berpuas hati.
Video yang tular:
@andy8836Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar toll.pendapat anda?##fyp ##fypdongggggggg ##fypシ゚viral ##foryou♬ original sound – Andy
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 194.2K tontonan, 4460 tanda suka, 1747 komen dan 293 perkongsian di TikTok.
Menurut laporan TRP, insiden tersebut sebenarnya melibatkan bomba sukarela dari Persatuan Kebajikan Komuniti Tanjong Pulau Pinang (PKKT).
Namun isu berkenaan sudah diselesaikan dengan baik apabila kumpulan sukarelawan tersebut kemudian meninggalkan tol tersebut.
Menurut jurucakap PKKT Tang Heng Hoo, sebenarnya terdapat kekeliruan dengan apa yang terjadi kerana pasukan bomba sukarela dikecualikan dari membayar tol di Pulau Pinang termasuk di Jambatan Pulau Pinang ketika misi menyelamat.
Namun pengecualian pembayaran tol itu setakat ini ia hanya dipraktikkan di negeri tersebut dan belum secara meluas di seluruh negara. Jelasnya lagi, isu ini sudah diketengahkan kepada JBPM dan akan dibincangkan di peringkat persekutuan kelak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat yang berbeza daripada pelbagai sudut.
Para netizen bagaimana pun faham akan niat baik mereka yang hendak memberikan bantuan tetapi sewajarnya mereka membayar tol kerana ia dua perkara berbeza.
Dalam masa yang sama ada juga warganet yang mendakwa terdapat juga jabatan kerajaan yang perlu membayar tol apabila melalui plaza tol.
Berikut merupakan komen ‘pedas’ daripada warga maya:
“polis tak kena bayar la kak oii dan polis bantuan kita lalu akak lepas je”
“dua perkara berbeza.. toll dan bantuan.. byr je lah toll, takde kaitan dengan nak beri bantuan..”
“lepas ni gi pulak pam minyak.. cakap otw nak bagi bantuan.. boleh isi minyak free..”
“tol memang kena bayar la.. mangsa banjir pun kena bayar..”
The post Mahu Hantar Bantuan Tapi Enggan Bayar Tol? Tindakan Individu Ini Undang Pertikaian Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3mCR4lt
via IFTTT
0 Response to "Mahu Hantar Bantuan Tapi Enggan Bayar Tol? Tindakan Individu Ini Undang Pertikaian Netizen"
Post a Comment