Bukan Video Negara Jiran, Rupanya Tips Balut Kereta Guna Plastik Di Kemaman

Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam dan mengakibatkan ‘total loss’.

Ekoran hal itu, banyak tips dan langkah berguna untuk menyelamatkan kereta daripada rosak antaranya dngan membalut kereta dengan pastik besar yang boleh didapatkan dengan membeli secara online.

Pada mulanya, orang ramaimenyangka ianya merupakan video daripada negara jiran namun siapa sangka itu sebenarnya rakaman sewaktu mengeluarkan kereta daripada plastik tersebut rupa-rupanya berlaku di Malaysia.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang wanita bernama Rogayah mendedahkan kenderaan berkenaan adalah milik ayahnya. Langkah tersebut diambil ketika daerah Kemaman dilanda banjir pada tahun 2014 lalu

Video yang tular di laman TikTok:

@magoariel_samsBalut Hadiah / Gifts Wrapping ❎ Balut Kereta / Car Wrapping ✅ ##flood2021 ##banjir2021 ##banjir ##airbah ##ayaqbah ##hujan ##flooding ##viral2021♬ Janji Manis – Masdo

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 948.2K tontonan, 80.5K tanda suka, 1209 komen, 4081 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seakan tidak percaya video rakaman kereta yang dikeluarkan daripada plastik gergasi itu rupa-rupanya di Malaysia.

“benda ni kat Malaysia yer kawan2.. bukannya dekat Thaland macm ada setengah news bagitau..”

Dalam masa yang sama, para netizen juga beranggapan bahawa kaedah tersebut sangatlah praktikal dan sesuai digunakan untuk menyelamatkan harta benda apatah lagi pada musim sekarang.

Berikut merupakan komen-komen warga maya:

“kalau nampak kereta hanyut berbungkus jangan ambik eh..”

“kalau macam ni bukan takat kereta boleh selamat.. alat2 letrik yang besar2 pun bleh buat juga..”

“lepas ni.. nak balut rumah pulak lahhh”

“laaa kat Malaysia rupanya..”

“bagus juga idea ni…”

“kena beli ni manatahu sok terkena banjir..”

The post Bukan Video Negara Jiran, Rupanya Tips Balut Kereta Guna Plastik Di Kemaman appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3EgWZm1
via IFTTT
loading...

0 Response to "Bukan Video Negara Jiran, Rupanya Tips Balut Kereta Guna Plastik Di Kemaman"

Post a Comment