Hidup berjiran membawa penuh kebaikan sekiranya saling menerapkan nilai-nilai murni yang baik antara satu sama lain.
Tidak kira kehidupan di bandar mahupun di kampung, pastinya akan ada permasalahan yang wujud ekoran sikap jiran yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.
Terbaru, tular sebuah video mengenai seorang wanita ‘buntu’ apabila mendakwa pagarnya telah menjadi tempat jemuran jirannya baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Indonesia dan menjadi bualan hangat tentang isu itu di sana.
Menerusi video berikut, wanita itu menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan pagar rumahnya dipenuhi dengan jemuran dipercayai baju jirannya dan mengakui kejadian tersebut berlaku setiap hari.
Apa yang membuatkan dia bertambah geram adalah jirannya itu tidak pernah sekalipun meminta izin daripadanya atau ahli keluarga yang lain untuk menjemur baju di pagar rumahnya.
“Tanpa meminta izin, tumpang jemur pakaian. Inilah kampungku” ujar wanita itu.
Berdasarkan rakaman video yang lain, memaparkan jirannya yang sedang menjemur baju basah di pagar tersebut.
Dikatakan, rumah jirannya itu tidak jauh dari kediamannya dan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.
Jirannya itu seperti hilang nilai keprihatinan apabila dia bertindak untuk menyidai baju tersebut dengan santai sehingga hampir menutup keseluruhan pagar.
Siapa sangka, video tersebut kini telah meraih 1.7M tontonan, 32.3 tanda suka dan 13.2K komen di applikasi TikTok.
Video yang tular di TikTok:
@jloveyo13 Balas @kanjengmami979 ♬ Dj Jang Ganggu Viral Tiktok – DJ Mbon Mbon
@jloveyo13 Balas @samsiyahumar ♬ DN Remix – DJ Vega
@jloveyo13 Balas @26bila ♬ suara asli – JloveYo13
@jloveyo13setel kalem ae♬ Wong Edan Kui Bebas – Nella Kharisma
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sakit hati dengan tindakan ‘makcik’ ini yang selamba jemur kain di pagar orang lain.
Ada juga sebilangan netizen yang meminta wanita ini untuk menegur tinkah laku makcik tersebut agar dia tidak mengulanginya lagi.
“Jiran saya pun macam tu.. sidai baju sampai bengkok pagar.. dah cakap elok-elok pun tak nak dengar”
“kalau saya pasang kawat duri”
“tinggikan lagi pagarnya”
“bukan masalah tumpang jemur baju.. tapi tuan rumah sendiri belum tentu jemur baju di situ.. malu kalau ada tetamu nampak ..”
“ternyata kita senasib..”
“Malunya kalau ada tetamu..”
The post [VIDEO] Selamba Jemur Pakaian Atas Pagar Jiran, Wanita Ini Luah Rasa Kesal appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3Bd1tbN
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Selamba Jemur Pakaian Atas Pagar Jiran, Wanita Ini Luah Rasa Kesal"
Post a Comment