Gadai Cincin Kahwin Demi Anak Masuk Sekolah, Ibu Sebak Dapat Sarung Semula Cincin Lepas 20 Tahun

Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita hingga menjadi seorang anak yang baik dan berguna.

Terbaru tular satu video mengenai seorang anak yang ingin membalas jasa ibunya mencuri tumpuan ramai.

“Adik ganti balik cincin yg pernah ibu gadai untuk sekolah kan adik dulu walaupun ibu tak pernah mintak” kata Norhayati Nordin,27 menerusi kapsyen di TikTok.

Menurut laporan Mstar, ibunya Salamah Sudin yang berusia 65 tahun melakukan dua kerja demi kelangsungan hidup keluarga setelah kehilangan suami akibat kemalangan motosikal pada 1995.

Oleh itu, ibunya sudah mula berniaga nasi lemak di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Tapah Road, Perak sejak tahun 1985.

“Kami berasal dari keluarga yang susah, ibulah yang bekerja siang malam mencari duit selepas ayah meninggal dunia. Waktu siang ibu kerja kedai makan, malam pula dia menjual nasi lemak di stesen kereta api.”

“Sedikit demi sedikit ibu mula menggadaikan barang kemas yang ada untuk menampung perbelanjaan rumah,” katanya

“Waktu nak masuk darjah satu, ibu gadaikan cincin terakhir dia. Cincin tu pula cincin kahwin ibu, dia dapat RM300 sahaja selepas digadaikan”

“Dengan duit tu la ibu guna untuk beli pakaian, buku, yuran dan kelangkapan sekolah saya. Masa tu saya rasa sedih sebab ibu terpaksa gadaikan cincin yang dia paling sayang.”

“Ibu kerja keras untuk pastikan saya bersekolah. Dia selalu nasihatkan untuk belajar betul-betul sebab itu je yang dia mampu untuk bagi pada saya,” ujarnya yang mesra disapa Yatt

Difahamkan,setelah tiga tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Jalan Tapah, Yatt kini mengambil alih gerai ibunya sejak tahun 2014.

“Alhamdulilah, tahun ni rezeki saya semakin murah. Hasil dari duit berniaga nasi lemak dan kuih muih, saya belikan ibu cincin yang hampir sama.”

Dia mampu mengumpul duit dan membelikan sebentuk cincin untuk ibu tercinta dalam masa 5 bulan sahaja.

“Waktu saya nak bagi cincin tu, ibu terkejut dan dia rasa nak menangis sebab dapat rasa pakai cincin hasil titik peluh anaknya sendiri. Ibu ucapkan terima kasih dan mendoakan semoga dimurahkan lagi rezeki.”

Yatt turut mengakui bahawa dia mahu ibunya itu berehat oleh kerana sudah tiba giliran untuk anak-anak pula mencari rezeki

“Saya seronok sangat waktu tu sebab dapat hadiahkan sebentuk cincin pada ibu sebagai tanda membalas jasa dan pengorbanannya dahulu,” katanya sambil menambah, ibunya merupakan seorang yang garang tetapi peramah.”

“Dulu ibu saya banyak berkorban, siang dan malam kerja mencari duit untuk sara keluarga kami.”

“Sekarang dia dah banyak berehat di rumah sebab kami tak bagi dia buat kerja berat, lebih-lebih dengan keadaan ibu yang sudah berusia.”

“Pada yang masih ada ibu, hargailah mereka selagi masih boleh rasa kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video pendek berdurasi 20 saat tersebut telah meraih jumlah tontonan hampir 10,000.

Videp tular di laman Tiktok

@cariwatermelonadik ganti balik cincin yg pernah ibu gadai untuk sekolah kan adik dulu walaupun ibu tak pernah mintak🥺##foryoupage ##tiktok ##mom

♬ Here’s Your Perfect – Jamie Miller

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap anaknnya yang tidak melupakan jasa orang tuanya dan ramai yang mendoakan agar anaknya itu dimurahkan rezeki.

“Tahniah sebab gembirakan hati ibu awak”

“Murah rezeki awak sebab bahagiakan ibu”

“Sweetnya.. semoga menjadi anak solehah dan dimurahkan rezeki”

“Tahniah makcik berjaya didik anak jadi orang baik”

Dalam pada itu, Yatt sempat meninggalkan komen agar segala doa yang baik-baik buat Yatt dan ibunya berbalik semula pada orang yang mendoakan.

The post Gadai Cincin Kahwin Demi Anak Masuk Sekolah, Ibu Sebak Dapat Sarung Semula Cincin Lepas 20 Tahun appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2XPNCL6
via IFTTT
loading...

0 Response to "Gadai Cincin Kahwin Demi Anak Masuk Sekolah, Ibu Sebak Dapat Sarung Semula Cincin Lepas 20 Tahun"

Post a Comment