[VIDEO] Tunggang Basikal Sambil Bawa Anak Atas Jalan Raya, Lelaki Ini Luah Rasa Bengang

Aktiviti berbasikal kini menjadi trend yang amat popular di Malaysia sejak kebelakangan ini kerana ianya merupakan sebuah aktiviti riadah yang sihat dan menarik.

Ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja lelaki bahkan kaum wanita, malah golongan artis juga menunjukkan minat berbasikal sehinggakan ada yang mempunyai basikal (road bike) sendiri walaupun harganya agak mahal.

Namun baru-baru ini, kerajaan telah pun mengumumkan aktiviti berbasikal di lebuh raya kini boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Manakan tidak, terdapat segelintir individu menunggang basikal di atas jalan raya yang penuh dengan kenderaan lain yang meningkatkan kemungkinan untuk berlakunya kemalangan bahkan statistik juga menunjukkan angka kemalangan yang melibatkan penunggang basikal meningkat saban hari dan rata-rata menunggang basikal di tempat yang tidak sepatutnya.

Terbaru, tular kembali sebuah video di laman Twitter yang memaparkan penunggang basikal melakukan aktiviti di atas jalan raya sambil membawa anak telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video pendek yang berdurasi 45 saat tersebut, kelihatan seorang lelaki meluahkan rasa marahnya terhadap penunggang basikal yang mengambil mudah tentang keselamatan diri dan anaknya.

Bukan sahaja menunggang basikal di tempat yang sesak dan penuh kenderaan malah dengan ‘selamba’ bawa anaknya di tempat khas di belakang basikalnya.

 

“ini town! ini bukan garden, bukan taman!.. tak kesian ke dekat anak kalau apa apa terjadi, kereta terbabas ke, motor terbabas ke terlibas anak korang”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 109.5K views 2181 likes dan 2732 retweets di laman Twitter.

 

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen geram dan marah dengan tindakan tak bertanggungjawab penunggang basikal yang mengambil mudah tentang keselamatan diri, anak dan orang lain.

Ada juga warga netizen yang berpesan agar membawa sekali ‘common sense’ sewaktu ingin beriadah agar dapat berfikir mana yang baik dan mana yang tidak.

The post [VIDEO] Tunggang Basikal Sambil Bawa Anak Atas Jalan Raya, Lelaki Ini Luah Rasa Bengang appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3jFVwyp
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Tunggang Basikal Sambil Bawa Anak Atas Jalan Raya, Lelaki Ini Luah Rasa Bengang"

Post a Comment