[VIDEO] Pakai Seluar Pendek ke JPJ, Isteri Terhibur Suami Tukar Kain Pelikat

Seperti yang sedia maklum, kita hendaklah mengikut etika pemakaian ketika berurusan di kaunter kerajaan. Hal ini kerana untuk kita lebih tampak sopan dan bersesuaian dengan urusan yang rasmi.

Namunpun begitu, masih ada lagi individu yang kurang peka dengan perkara tersebut walaupun kita sudah menghampiri tahun 2022.

Sama juga dengan kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini dimana seorang lelaki tidak dibenarkan masuk ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh kerana tidak mengikut etika pemakaian yang ditetapkan.

Video lucu yang tular di appikasi TikTok @ainhadi0505 yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut menarik perhatian ramai.

Menerusi video itu, wanita ini juga pengasas produk kesihatan merakam aksi suaminya selepas tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut oleh pengawal keselamatan kerana mengenakan seluar pendek.

“Pakai seluar pendek pergi JPJ, sekali guard tak bagi masuk. Korang tengok la apa hasil dia,” tulis wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu.

Namun dia bernasib baik kerana suaminya sentiasa ‘spare’ kain pelikat di dalam kereta sebagai persediaan bagi menunaikan solat Jumaat.

“Hahaha pakai kain pelikat.. memang ada sokmo sebab standby solat kat masjid,” katanya.

Video yang tular dilaman TikTok:

@ainhadi0505 hahahah.. ni lawak.. klu ain rela blik rmh tuka sluar..malu oiii… slamber dia je😂@danialhadi00 @ainhadi9095 ♬ bunyi asal – Ainhadi

Ketika arikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 826.7K tontonan, 44.8K tanda suka,1227 komen dan344 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan nasihat kepada lelaki berkenaan supaya lebih ‘alert’ dengan etika pemakaian. Ada juga netizen yang berharap agar lelaki tersebut dapat menutup aurat dengan sebaiknya.

“bukan guard JPJ je tak bagi.. Allah pun tak bagi”

“untuk berurusan dengan Jabatan kerajaan kena pakai pakaian yang sopan”

“pemain bola pun pakai stokin tutup lutut”

“lain lah nak pergi mamak”

“aurat…”

Dalam pada masa yang sama, wanita ini tampil menjelaskan bahawa dia dan suaminya tidak mengetahui tentang etika pemakaian kerana situasi seperti itu belum pernah berlaku kepada mereka sebelum ini.

The post [VIDEO] Pakai Seluar Pendek ke JPJ, Isteri Terhibur Suami Tukar Kain Pelikat appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3nECDwX
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Pakai Seluar Pendek ke JPJ, Isteri Terhibur Suami Tukar Kain Pelikat"

Post a Comment