[VIDEO] “Sebab tak dengar cakap mak,” Gadis ‘Hantu’ Makan Pedas Pasrah Kena Kanser Ovari

Rakyat Malaysia lazimnya suka makan pedas. Semakin pedas makanan tu, semakin ramai yang nak mencuba. Contohnya macam nasi ayam geprek yang ada pelbagai tahap kepedasan yang pernah tular di setiap media sosial suatu ketika dulu.

Namun pun begitu,’hantu pedas’ juga berisiko memberikan kesan buruk khususnya kepada sistem penghadaman.

Sama juga dengan kisah yang tular di applikasi TikTok baru-baru ini dimana memaparkan seorang gadis yang gemar makan makanan yang pedas mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video itu, dia menunjukkan segala jenis makanan ‘favourite’ nya termasuklah spicy ramen . Kelihatan semua makanan yang dipamerkan adalah makanan yang berperisa pedas dan rata-rata adalah ‘fast food’.

Tengok sahaja pada kuah yang merah terang dan mee segera yang berwarna hitam, sudah tentu kita dapat merasakan tahap kepedasan makanan tersebut.

Difahamkan, ibunya telah menasihati wanita ini agar tidak berlebihan dalam makan makanan yang pedas namun dia tidak mengendahkan pesanan tersebut dan terus menerus makan makanan yang pedas.

“jangan selalu makan pedas, nanti sakit” pesan ibunya.

Sampai suatu hari, dia mengalami sakit perut dianggap perkara biasa pada awalnya. Namun siapa sangka, Rupa-rupanya setelah berjumpa dengan doktor, dia disahkan mengalami barah ovari.

“ni lah penyebab tak dengar cakap mak, ingatkan sakit perut biasa..rupa-rupanya kena kanser ovari dan penyakit cyst.Ujian daripada Allah sangat berat” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@mrshya ujian daripada Allah ☺🤲. #fyp #viral #fypシ #cyst ♬ original sound – Sam Arrow

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 287.6K tontonan, 28.5K tanda suka 1457 komen dan 2139 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan hal ini beraku bukan hanya sekadar makan makanan pedas sahaja namun ‘fast food’ atau ‘junk food’ itu sendiri yang membuatkan keadaan lebih teruk kerana boleh meningkatkan keradangan.

“bukan soal pedas tapi lebih kepada fast food/process food dan makanan yang tingkatkan keradangan”

“please bagitahu simptomn diaa.. sebab kadang-kadang ada ras senak dan mencucuk perut”

“derita sape yang suka makan pedas tu bila nampak video ni.. masalahnya sedap tau makan pedas.. orang yang suka makan pedas je faham”

“i should stop makan pedas juga.. tapi susah sebab memang suka pedas…”

” aku tak boleh hidup tanpa makanan pedas.. terima kasih bagi kesedaran nanti saya kurangkan pedas..”

” saya pernah masuk ward sebab pedih perut asyik makan benda pedas..”

“i setiap hari makan pedas! sebab dah dari kecil memang suka sangat sambal.. takda sambal atau tak pedas memang tambah lada”

Gadis ini juga mengakui dia mendedahkan perkara ini bagi dijadikan pengajaran untuk mereka yang gemar makan makanan pedas secara berlebihan.

The post [VIDEO] “Sebab tak dengar cakap mak,” Gadis ‘Hantu’ Makan Pedas Pasrah Kena Kanser Ovari appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3bguwke
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Sebab tak dengar cakap mak,” Gadis ‘Hantu’ Makan Pedas Pasrah Kena Kanser Ovari"

Post a Comment