[VIDEO] Ibu Terkejut Anak Main Telefon Seorang Diri Terakam Kelibat Misteri Dalam Cermin

Telatah anak kecil ada kalanya mencuit hati kita sebagai orang dewasa oleh kerana gelagat mereka yang lucu dan sentiasa mempunyai sifat ingin tahu.

Sifat itu merupakan sifat proses kematangan bagi kanak-kanak yang ingin membesar.

Tambahan pula, kanak-kanak masa kini gemar bermain dengan gajet mereka. Contohnya seperti telefon pintar.

Kebanyakkan kanak-kanak akan menghabiskan masa bersama telefon mereka dan ada juga yang sering mengambil gambar dan video lucu seakan-akan seorang Youtuber kerana terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekitar mereka.

Terbaharu, muncul satu video tular di Tiktok tentang seorang ibu yang berkongsi kisah ketika telatah comel anaknya sedang merakam video sendiri sambil berbual dengan kamera.

Namun ia menjadi seram apabila si ibu ternampak kelibat misteri muncul pada pantulan cermin yang dirakam kamera.

Wanita itu mendakwa dia telah ke tandas ,meninggalkan anaknya seorang diri manakala kanak-kanak berkenaan sedang bermain telefon.

Anak kecil itu dilihat sedang bercakap sendiri, namun ibunya juga tidak dapat mentafsirkan apa yang sedang dituturkannya.

Sebaik sahaja si ibu melihat video berkenaan, dia mendapati terdapat satu penampakan misteri di dalam cermin di belakang kanak-kanak itu yang kemudiannya menghilang

Video tersebut telah mendapat jutaan tontonan dengan lebih 268 ribu like di laman Tiktok.

Ramai yang berasa seram ketika menonton video berkenaan, ada yang mendakwa mereka terlihat wanita berambut pendek dan ada juga yang mendakwa kelibat itu seakan mempunyai wajah yang rata.

Terdapat banyak komen netizen yang menyeramkan sehingga ada yang berasa seram sejuk ketika melihat video tersebut.

“Di cermin seperti ada perempuan”

“Kalau diperhatikan oang dicermin itu seperti dekat sangat dengan cermin padahal tak ada orang dekat cermin”

“Kalau dekat cermin tu ibunya, tak mungkin bayangannya akan sedekat itu dan jaraknya pasti jauh, harus betul2 di depan cemin”

Video tular di Tiktok

@medinaninayara♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Pesanan ringkas kepada ibu-bapa diluar sana, janganlah membiarkan anak kecil anda bermain seorang diri kerana ia bukan sahaja bahaya secara fizikal namun ia juga boleh mendorong kepada gangguan makhluk halus.

 

 

 

The post [VIDEO] Ibu Terkejut Anak Main Telefon Seorang Diri Terakam Kelibat Misteri Dalam Cermin appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3fY6EEN
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Ibu Terkejut Anak Main Telefon Seorang Diri Terakam Kelibat Misteri Dalam Cermin"

Post a Comment