[VIDEO] “Beli baju RM1.5k dapat jagung buruk,” Lelaki Ini Dakwa Pekerja Kurier Curi & Tukar Barang

Kecoh sejak semalam dalam industri bundle tempatan apabila seorang lelaki yang juga menjual barangan pakaian bundle luah kekecewaan setelah baju yang dibeli daripada rakan beliau diterima dalam keadaan keadaan yang ‘berbeza’.

Menurut perkongsian Twitter mangsa @AidilLatifff, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak kurier J&T Setapak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengambil barangan pelanggan.

Lebih mengejutkan, beliau yang sepatutnya menerima pakaian yang dibeli bernilai RM1,500 oleh rakan beliau telah menerima parcel double tracking berisi jagung buruk bertarikh 22 Julai 2021 lalu.

Isu yang berlaku turut mendesak beliau memuat naik sebuah video dalam menjelaskan isu yang berlaku melibatkan kurier J&T cawangan Setapak.

Beliau juga turut membuat laporan polis terhadap isu yang berkenaan.

“Aku beli combo pakaian harga rm1.5k sampai jagung busuk. Ni bukan masalah sender salah post, tapi staff J&T sendiri buat kerja mencuri brg customer.

“Aku pelik knp nk hold sampai 1 minggu sedangkan brg dh ada di LDC Setapak 603? Selanjutnya sambung di bawah comment,”

Menerusi gambar yang dikongsikan,kita dapat melihat bahawa penerima berkenaan telah menerima barangan dengan alamat yang berbeza daripada alamat sebenar

Namun, mangsa iaitu Aidil Latif dalam video beliau sebaliknya tidak menyalahkan pihak penjual kerana cukup kenal dan yakin dengan kejujuran pihak penjual.

“Ada siap double tracking. Ni kerja mmg staff @j*texpressmy LDC Setapaka 603 buat kerja. Harap lepas ni semua berhati2 guna courier servis J*T Express.”

Malah, beliau yang kerap berurusan dengan pihak penjual berkenaan turut memaklumkan penjual tersebut turut menunjukkan gambar dan video barangan sebelum membuat penghantaran.

Netizen turut mendedahkan isu yang melibatkan J&T Setapak

“Same case with me. customer order bread enhancer tapi yang sampai aloe vera dan ada airway bills orang lain.

“Kotak dah hancur dan obviously memang diorang tukar. dah pergi report kat j&t, diorang just suruh minta refund je kat seller ewhahhh”

Terdapat juga netizen yang membuat laporan tentang barangnya yag dipegang laam oleh pihak J&T sebelum sampai kepadanya dan ada juga yang memesan muruku dan menerimanya dalam keadaan muruku berbaki separuh balang manakala penutupnya pula sekadar digantikan oleh bubble wrap.

Sehingga kini, pihak J&T masih belum mengeluarkan sebarang jawapan rasmi terhadap isu yang berlaku.

Diharap isu yang sama tidak lagi berulang buat pengguna lain yang menggunakan servis kurier ini.

The post [VIDEO] “Beli baju RM1.5k dapat jagung buruk,” Lelaki Ini Dakwa Pekerja Kurier Curi & Tukar Barang appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3jrcX4S
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Beli baju RM1.5k dapat jagung buruk,” Lelaki Ini Dakwa Pekerja Kurier Curi & Tukar Barang"

Post a Comment