“Gurau kasar nampak..” Netizen Bengang Ryzal Baling Botol Kena Kepala Isteri Mengandung

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan antarabangsa iaitu Durian Kimchi. Semenjak mereka pulang ke Malyasia rezeki suami isteri itu semakin melimpah ruah lebih- lebih kini Maryam You Narae mengandung anak pertama mereka. Pasti ramai yang tida sabar dengan kelahiran bayi kacukan Korea, Malaysia itu.

Terbaharu, Maryam telah memuat naik video di Instagramnya namun ia telah mencetus kemarahan netizen terhadap tindakan suaminya Ryzal dikatakan agak keterlaluan.

Menerusi video tersebut, kelihatan Maryam sedang duduk di sofa dan tib atiba Ryzal datang dari belakangnya dan membaling botol ke arah Maryam sekaligus membuatkan botol tersebut terkeana pada kepalanya.

Maryam yang terkejut dengan perkara itu segera mengejar Ryzal. Namun, para netizen kesal dengan perbuatan Ryzal tatkala isterinya sedang sarat mengandung dan menimbulkan kerisauan netizen.

“Janganlah kasar-kasar tengah mengandung tu.”

“Gurau kasar nampak Ryzal.”

“Hurmm tak kelakar, first sebab kepala, 2nd its your wife. Nak bergurau pun ada batas dan wife kau mengandung kot,” kata beberapa netizen.

Walau bagaimanapun, Maryam membuat penjelasan bahawa dia baik-baik sahaja dan menganggap hal itu bukanlah sesuatu yang serius kerana dia tahu bahawa itu adalah sekadar gurauan sahaja.

“Saya sangat okay. Kalau tak ok saya tak post video ni, terima kasih,” balas Maryam menerusi ruang komen.

Namun begitu, Maryam turut mengucapkan tanda terima kasih kerana netizen prihatin tentang kandungannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Sebelum ini Ryzal pernah mencetuskan kontroversi keran telah menghina sebuah budaya orang Sarawak sehingga membuatkan isterinya Maryam berasa tertekan kepada menerima banyak kecaman netizen yang mengaitkan anak dalam kandungannya.

Ryzal telah memohon permintaan maaf dan merayu agar netizen tidak menghukum bayi dalam kandungan isterinya selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, Ryzal dan Maryam Yun Nae telah berkahwin di korea pada tahun 2019 dan kini isterinya hamil anak pertama mereka. Berita itu dikongsikan oleh Ryzal di akaun Instagranm miliknya Durian Kimchi beberapa bulan lepas.

The post “Gurau kasar nampak..” Netizen Bengang Ryzal Baling Botol Kena Kepala Isteri Mengandung appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3AVO0p5
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Gurau kasar nampak..” Netizen Bengang Ryzal Baling Botol Kena Kepala Isteri Mengandung"

Post a Comment