Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang sesuai dengan situasi sayu apabila kita kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata akibat wabak pandemik ini.
Ramai antara kita yang terkesan selepas kematian isteri pelawak terkenal Shuib. Ramai yang membuka mata mereka tentang bahaya virus ini.
Umum menegetahui ramai yang terkorban disebabkan oleh virus ini, namun impaknya tidak begitu besar sehingga kematian arwah Siti Sarah.
Dalam satu perkongsian oleh seorang individu Khairul Abdullah, bapa tunggal kepada tiga cahaya mata, mendakwa dirinya juga pernah berada di situasi Shuib yang kini menjaga anak-anaknya tanpa seorang ibu.
Kata Khairul, ia terjadi tiga tahun yang lalu dimana arwah isteri tersayang terpaksa ditidurkan akibat paru-paru dijangkiti kuman.
Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya sebagai seorang suami dan juga seorang bapa yang meempunyai tanggungjawab yang lebih besar mengurus anak-anaknya. Walhal anak-anaknya masih kecil dan memerlukan belaian dan kasih seorang ibu.
“Isteri aku juga ditidurkan bila dia sudah mula sukar untuk bernafas sendiri. Bila paru-paru sudah mula dijangkiti dan mesin diperlukan untuk membantu pernafasan maka doktor tidurkan dia. Aku kena sign segala surat persetujuan terlebih dahulu. Yelah ditidurkan tu bunyinya lebih sedap berbanding dikomakan.” kata Khairul.
Khairul juga menerangkan perasaanya ketika berada dalam detik tercemas itu dan kini Shuib pula berada di tempatnya dimana ia menguji keimanan dan kesabarannya sebagi muslim..
“Bila koma, chances is 50-50. Entah bangun entah tidak. 3 hari aku gundah, 2 malam aku pasrah.
“Akulah manusia yang paling lemah dan helpless ketika itu. Dan akhirnya isteri aku pergi meninggalkan aku dan anak-anak.
“Jangan ditanya apa perasaan aku. Numb. Just numb. Shuib sekarang berada di tempat aku.
“Tempat yang menguji tahap keimanan dan kesabaran seorang hambaNya. Tempat yang sebolehnya aku doakan agar kalian tak perlu hadap dan rasainya.”
Khairul mengakui lagi, perkara itu sungguh perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu apabila doktor memberitahu isterinya akan ‘ditidurkan’. Namun ayat itu lebih sedap didengar daripada “dikomakan”.
Katanya, hanya orang yang melalui akan tahu situasi demikian dan dia mendoakan semoga tiada yang perlu menghadapi situasi sepertinya.
Begitu sukarnya ujian yang Allah beri kepada kedua bapa ini. Disaat anak-anak yang masih kecil memerlukan susuk tubuh ibu sebagai penguat semangat mereka namun Allah lebih menyanyangi Ibu mereka.
Terdahulu, Khairul Abdullah pernah berkongsikan kenangan dan detik terindah bersama isteri dan anak-anaknya di media sosial.
The post “Aku pernah berada di tempat Shuib, sakit hanya Allah tahu,” Bapa 3 Anak Luah Rasa Peritnya Pemergian Isteri appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3CzlPxU
via IFTTT
0 Response to "“Aku pernah berada di tempat Shuib, sakit hanya Allah tahu,” Bapa 3 Anak Luah Rasa Peritnya Pemergian Isteri"
Post a Comment