Kemajuan teknologi zaman ini sepatutnya menjadi medium yang memudahkan penyampaian ilmu dan juga maklumat untuk semua.
Lebih-lebih lagi aplikasi media sosial yang ‘ditatap’ setiap masa haruslah digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi perkara yang bermanfaat.
Namun begitu masih terdapat sesetengah pihak yang menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menarik perhatian netizen sehingga menyakitkan hati sesetengah pihak.
Terbaru, tular mengenai seorang gadis yang dikenali sebagai Wanikokrosh telah memuat naik Instastory berbaur penghiinaan terhadap rakyat Johor sehingga mengundang kemarahan warganet khususnya mereka yang berasal dari negeri itu.
Menerusi klip video berdurasi 13 saat berkenaan, memperlihatkan Wani sedang berjalan sambil menunjuk perhiasan di bahu jalan lalu mengeluarkan ayat seolah rakyat Johor tidak berpuasa.
“Bestnya kat Johor, ada donut kat tepi jalan. Seronoknya boleh makan kalau lapar. Mesti orang Johor tak puasa kan? Macam b*b* je Johor ni, Johor s**l.”
Gara-gara mengeluarkan kata-kata demikian, ramai pihak tidak berpuas hati dengan dirinya dan bertindak untuk ‘menyeranngnya’ di Instagram.
Walau bagaimanapun, Wani yang telah ‘menyedari’ perbuatannya telah membuatkan ramai pihak tersinggung dan dia bertindak memadam video berkenaan serta tampil membuat permohonan maaf.
“Wani nak minta maaf sangat-sangat tapi Wani tak ada niat pun nak kutuk negeri Johor sebab kat belakang story tu pun Wani ada cakap ‘eh tak ada lah gurau je’ tapi ada sesetengah pihak yang upload video tersebut dan potong part gurau berkenaan.
Menurut Wani, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memotong video berkenaan dan menampakan seolah dirinya menghinaa negeri Johor.
Namun Wani dikatakan telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti itu.
Video yang tular beserta permohonan maaf
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!
View this post on Instagram
The post [VIDEO] “Macam bab* je Johor ni, si*l..” Gadis Dakwa Hanya Gurau Kutuk Negeri Johor Tampil Mohon Maaf appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2TEBlqt
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Macam bab* je Johor ni, si*l..” Gadis Dakwa Hanya Gurau Kutuk Negeri Johor Tampil Mohon Maaf"
Post a Comment