Pemergian individu yang disayangi merupakan satu momen sedih yang sangat sukar untuk kita terima.
Malah lebih menyedihkan lagi, apabila individu tersebut merupakan ibu atau bapa kita sendiri yang banyak berkorban sejak kita kecil.
Namun begitu, kita sebagai anak perlu redha dengan apa yang telah terjadi dan mendoakan supaya mereka tenang di alam sana.
Seperti satu klip video yang tular di laman TikTok, dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Topanjey sama sekali tidak menyangka akan berjumpa dengan arwah ayahnya yang sangat dirindui menerusi aplikasi Google Street View.
Menurutnya, ianya bermula apabila dia teringat akan rumahnya di kampung halaman dan mengambil keputusan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi melihat struktur rumahnya.
“Mula-mula ingat nak Street View rumah sebab rindu.”
Namun apa yang mengejutkan, apabila paparan Google Street View memaparkan arwah ayahnya yang sedang berada di depan pintu rumah dan bersiap sedia untuk menunaikan solat di masjid secara berjemaah.
“Arwah ayah ada lagi masa ni. Masa ni, mesti ayah nak gi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid setiap waktu.”
@topanjeyYa Allah. Lama x tgk hero ku. Doakan dia kawan². ##fyp ##my ##hero♬ Ayah – Laoneis
Video tersebut bagaimanapun, meraih banyak komen yang mendoakan supaya arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Pada masa yang sama, lelaki ini juga sempat berkongsi tutorial kepada orang ramai cara menggunakan aplikasi tersebut.
@topanjeyTutorial nak streetview rumah or mana² lokasi. ##fyp ##google ##maps♬ Sounds like a mystery music box – Yohei
Rata-rata netizen berterima kasih kepada beliau dan ramai yang mula mencuba aplikasi tersebut untuk ‘meninjau’ rumah di kampung masing-masing.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!
View this post on Instagram
The post [VIDEO] “Ingat nak ‘street view’ rumah, sekali terjumpa..” Lelaki Sebak ‘Terjumpa’ Arwah Ayah Dalam Google Street appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3fIX0Gm
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Ingat nak ‘street view’ rumah, sekali terjumpa..” Lelaki Sebak ‘Terjumpa’ Arwah Ayah Dalam Google Street"
Post a Comment