Penularan pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.
Bahkan, seperti semua sedia maklum ramai ada diantara kita telah hilang pekerjaan dan dipotong gaji oleh majikan.
Pelajar tingkatan 5 jadi cleaner untuk sara keluarga
Ini menggambarkan ramai di luar sana sedang bertungkus lumus mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan satu kisah yang tular dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Fadli Salleh mengenai seorang pelajar perempuan tingkatan 5 yang menggalas tugas berat mencari rezeki.
Pelajar itu merupakan pelajar harapan sekolah
“Aku mendapat berita, ada seorang pelajar tingkatan 5 bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga”.
“Terkejut aku mendengar kes ini tiga hari lepas. Lebih mengejutkan, pelajar itu merupakan pelajar harapan sekolah. Murid bijak dan pandai”.
“Terus aku pergi ziarah ke rumah pelajar tersebut keesokan harinya. Aku nak tahu apa cerita sebenar. Kenapa sampai pelajar ini kena kerja? Di mana ayah? Di mana ibu?”.
Baru saja kematian ayah minggu lepas
“Sebaik sampai, aku dijemput masuk. Kelihatan seorang wanita duduk dilantai dikelilingi 3 orang anak perempuannya. Maka cerita pun dibuka”.
“Keluarga ini baru sahaja kematian ayah mereka yang tercinta minggu lepas. Sebelum ini ayahnya kerja sebagai driver teksi. Boleh la untuk menyara keluarga, bayar sewa rumah dan sebagainya”.
Kesihatan ayah merosot sejak tahun lepas
“Suaminya ada macam-macam penyakit. Dan sejak tahun lepas penyakitnya makin teruk. Kesihatan makin merosot”.
“Tidak boleh bawa teksi macam biasa. Dan akhirnya teksi pun kena tarik akibat tak mampu bayar sewa bulanan”.
Ibu sambung galas tugas mencari rezeki
“Terlantar ayah di rumah sementara ibu pula menggalas tugas mencari rezeki untuk keluarga. Dia bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur”.
“Dan hari Rabu minggu lepas, si ayah dijemput Tuhan ke negeri abadi”.
Jika ibu tidak datang kerja, ibu akan dibuang
“Dalam keadaan masih berkabung, si ibu yang masih dalam iddah, majikan memberi kata dua. Jika lama tak datang kerja, dia terpaksa buang si ibu”.
“Termenunglah si ibu. Dia masih dalam iddah. Suami pula baru meninggal. Kejutan dan sedih masih belum hilang, kini satu-satunya sumber kewangan keluarga pula terancam”.
Mak belum cukup kuat, kakak ganti mak kerja cleaner
“Melihat ibunya buntu, anak sulung ini menawarkan diri”.
“Tak apa mak. Sementara mak dalam tempoh iddah, sementara mak belum cukup kuat, biar kakak ganti mak kerja cleaner tu”.
Kakak ganti mak agar mak tidak dibuang kerja
“Kakak akan pergi setiap hari sama macam mak kerja. Kakak akan kerja ganti mak dulu agar mak tidak dibuang kerja”.
“Aku sangat terkesan mendengar kisah ini. Pelajar harapan yang sepatutnya belajar terpaksa menggantikan ibunya bekerja sebagai cleaner setelah kematian bapa”.
“Sebesar itu sudah menggalas tanggungjawab yang sangat besar dan berat”.
Pegawai zakat datang ke rumah
“Tanpa bertangguh, aku hubungi pegawai Lembaga Zakat Selangor bercerita tentang kes ini”.
“Semua maklumat seperti nombor telefon, alamat dan ic mereka aku hantar pada pegawai zakat”.
“Esoknya juga pegawai zakat datang ke rumah mereka. Tolong isikan borang semua untuk mereka dapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat”.
Bantuan rumah dan pakaian sekolah akan diberi
“Bantuan sewa rumah akan diberi, bantuan pakaian sekolah juga akan diberi setahun sekali dan mungkin ada bantuan pendidikan juga untuk anak-anak yatim ini”.
“Alhamdulillah. Lega sungguh aku bila semuanya selesai. Kawan-kawan, kita rasa kita cukup susah dan tersepit. Kita sering mengeluh tentang sukarnya sebuah kehidupan”.
Tenang keluarga ini, wajah bersih dan sentiasa tersenyum
“Namun diluar sana, ada anak yatim tingkatan lima keluar bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga. Menggalas tanggungjawab orang dewasa sebelum usia”.
“Tenang sahaja aku lihat keluarga ini. Anak-anak semua bertudung labuh. Wajah mereka bersih dan senyum sentiasa terukir seolahnya tiada apa masalah pun”.
Jika kita masih ada makanan di dapur, bersyukurlah
“Jika kita masih punya suami/isteri, syukurlah. Jika kita masih punya kerja, syukurlah”.
“Jika masih ada makanan di dapur, masih ada baki wang di bank walau tidak sebanyak mana, terus bersyukur”.
Gandakan usaha, kurangkan mengeluh
“Gandakan usaha, kurangkan mengeluh. Kerana diluar sana ramai sangat orang jauh lebih besar ujian mereka”.
“Aku nak bantu semua orang, tak mampu. Tenaga aku terhad. Masa aku terhad. Dana aku terhad”.
“Sama-sama kita bantu orang sekeliling kita. Pakat bertanya khabar, sering peduli dengan orang sekitar”.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membuka mata kita untuk lebih prihatin membantu mereka yang memerlukan di luar sana.
The post “Mak dalam tempoh iddah, biar kakak ganti kerja,” Gadis Tingkatan 5 Jadi Cleaner Sara Keluarga appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/35bWbRk
via IFTTT
0 Response to "“Mak dalam tempoh iddah, biar kakak ganti kerja,” Gadis Tingkatan 5 Jadi Cleaner Sara Keluarga"
Post a Comment