Tidak dinafikan, terasa bagaikan baru semalam Bidadari Syurga kepada seorang pelawak terkenal iaitu Siti Sarah pergi meninggalkan kita, seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan pemergian penyanyi yang disegani ramai itu.
Terbaru, Shuib atau nama sebenarnya memuat naik sebuah video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.
Difahamkan, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira-kira tiga tahun lalu.
Namun apa yang mengundang sebak ramai apabila Shuib berkongsi rakaman perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum ditidurkan kerana jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu.
Rakaman itu diselitkan di dalam MV tersebut sehingga sesiapa yang mendengarnya pasti akan naik bulu roma kerana rindu akan suara Siti Sarah.
“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.”
“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.”
View this post on Instagram
“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.”
“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.
Menerusi rakaman perbualan terakhir tersebut, Shuib meminta Sarah untuk terus kuat melawan penyakit itu.
“Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita.”
“Ibu… sumpah I sayang you sangat,” kata Shuib dalam rakaman tersebut dengan nada yang begitu sebak.
Bukan itu sahaja, malah Shuib turut mendedahkan bahwa penyampaian Siti Sarah untuk lagu tersebut sangat berbeza seolah-olah sudah mengetahui bahaa dia akan pergi ke negara abadi selama-lamanya.
“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.”
“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” katanya.
Video tular di laman Tiktok:
@yoynetwork“You jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!” Shuib kongsi perbualan terakhir bersama Siti Sarah sebelum ditidurkan.
Video muzik (MV) Tinggalkan Diriku di laman Youtube:
“You jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”
Tinggalkan Diriku merupakan ciptaan Aidit Alfian. Lagu ini dirakam pada tahun 2002 dan dilancarkan pada tahun 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.
Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula akan disiarkan melalui YouTube Shuib Channel mulai Jumaat.
Sekadar rekod, Terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.
Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan Covid-19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.
Siti Sarah, 37, pergi buat selama-lamanya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di mana sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit, disemadikan.
The post [VIDEO] “Ampunkan dosa-dosa I ya,”Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Arwah Siti Sarah Sebelum Ditidurkan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3rfPmJJ
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Ampunkan dosa-dosa I ya,”Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Arwah Siti Sarah Sebelum Ditidurkan"
Post a Comment