Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan.
Bagaimana pun disisi agama Islam, terdapat dalil-dalil yang mengharamkannya.
Hal ini kerana, umat Islam beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa’at hanya Allah semata-mata.
Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka telah terpesong aqidahnya.
Terbaru, Seorang Pembantu Pegawai Perubatan berkongsi pengalaman melalui sebuah video di applikasi TikTok tentang rakannya yang dipercayai dirasuk selepas pulang ke rumah mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, rakannya yang bertugas pada shif bermula 2 petang hingga 9 malam dipercayai telah dirasuk sejurus pulang dari tempat kerja.
Sewaktu bertugas rakannya perlu mengendalikan jenazah wanita tua dan ‘terjumpa’ lilitan tangkal berwarna hitam.
“Biasalah bila meninggal dekat wad ini misi kena uruskan jenazah itu buat last office (LO) kafan apa semua.
“So bila masa dia tengah bersih-bersih jenazah apa semua ini dekat perut wanita itu ada pakai macam satu lilitan tangkal warna hitam.”
“Nak tak nak kenalah potong sebab nak bersihkan jenazah kan tak boleh ada apa-apa barang dekat jenazah tu.
“So dah minta izin dengan keluarga by phone (menerusi panggilan). Dia pun potonglah, bila potong tiba-tiba dia rasa macam ada satu angin dari belakang bertiup dekat leher.”
Apa yang lebih serama dalah, wanita tersebut sudah berasa ‘lain macam’ namun dia tidak mengendahkannya dah terus pulang ke rumah dengan fikiran yang positif.
“Bila dah pukul 9 malam tu dah buat report apa semua dia balik. Bila balik dia rasa berat dekat bahu dengan kepala sampai ja rumah dia dah tak ingat apa-apa.”
“Selang 4 hingga 5 jam tu selepas itu baru dia sedar. Dia sedar tengok orang dah ramai dekat rumah dia suami ada dekat sebelah apa semua.
“Lepas itu suami pun ceritalah ada ustaz datang rumah berubatkan dia dan tanya macam-macam.
“Lepas itu, dia pun tanyalah (suami) ada ke dekat hospital tu buat apa-apa prosedur potong tangkal ke apa.
“Dia pun baru teringat yang dia uruskan satu jenazah tadi. Dia potong tangkal dekat pinggang jenazah wanita tua tu.”
Video yang tular di laman TikTok:
@ppp.azrulindahouse♬ Horror Music(907870) – Pavel
Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 60.8K tontonan, 3765 tanda suka, 87 komen dan 110 perkongsian melalui applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meremang bulu roma mendengar perkongsian tersebut dan dalam masa yang sama para netizen juga berpesan agar orang ramai mengelakkan diri dripada memakai atau berpegang kepada kepercayaan tangkal.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
The post “Rasa angin beriup di leher,” Potong Tangkal Dipakai Jenazah, Jururawat Pitam Selepas Bahu & Kepala Rasa Berat appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3xAOeBD
via IFTTT
0 Response to "“Rasa angin beriup di leher,” Potong Tangkal Dipakai Jenazah, Jururawat Pitam Selepas Bahu & Kepala Rasa Berat"
Post a Comment