Seorang usahawan kosmetik dan rakannya yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini.
Menerusi laporan Kosmo, perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad ini itu dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.
Sejurus selepas prosiding reman selesai, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu semasa gambar dirakam, usahawan kosmetik dan rakannya dan rakannya yang memakai baju lokap itu sempat berseloroh dengan pihak media mengatakan ‘tak baik tau’.
Semalam media melaporkan polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berkenaan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti awam.
Menurut polis, pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di laman Instagram milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’.
Semakan mendapati individu itu turut berpakaian menjolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada kanak-kanak di bawah umur itu.
Sebelum itu media melaporkan, bimbang aksi lucah dipamerkan Safiey Ilias membabitkan kanak-kanak bawah umur ditayang untuk tontonan umum, seorang pensyarah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Pensyarah itu berkata, laporan dibuat bertujuan menggesa pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap usahawan kontroversi itu yang menggunakan saluran Instagram Live miliknya sebagai platform untuk melakukan dandanan seksual ke atas pengguna media sosial yang dipercayai baru berusia 14 dan 15 tahun itu.
Terdahulu, seorang pemilik Facebook dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat satu hantaran yang mengenai isu tular di laman sosial Twitter berkenaan rakaman ‘live’ usahawan kosmetik terbabit bersama rakannya.
Dalam hantaran tersebut, pemilik Facebook itu mempersoalkan tindakan usahawan dan rakannya itu yang berpakaian tidak senonoh disamping melakukan adegan ‘panas’ terhadap dua kanak-kanak lelaki yang turut serta dalam live tersebut.
Pemilik Facebook berkenaan juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.
The post [VIDEO] Didakwa Buat Komunikasi Lucah Dengan Kanak-kanak, Usahawan Kosmetik Direman 3 Hari appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3cz9HkW
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Didakwa Buat Komunikasi Lucah Dengan Kanak-kanak, Usahawan Kosmetik Direman 3 Hari"
Post a Comment