Selain menjadi nadi kekuatan, keluarga merupakan orang pertama yang akan ada tatkala kita susah dan senang.
Keluarga juga lah yang tidak pernah memandang siapa kita dan tetap berada disaat suka dan duka.
Fitrah menjadi seorang insan sememangnya tidak lari daripada membuat kesilapan, namun setiap orang pasti berhak untuk memiliki peluang yang kedua setelah menyederari kesilapan yang telah dilakukan pada masa lalu.
Itulah hakikat dan lumrah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan, kelemahan, dan ketidaksempurnaan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @hamizan_yusuf memuat naik satu video seorang banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara mencuri perhatian ramai.
Apa yang lebih mengaharukan adalah penerimaan keluarga terdahap lelaki tersbut yang difahamkan sudah 12 tahun berada di sebalik tirai besi.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat betapa rindu nya ahli keluarga terhadap bekas banduan tersebut. Manakan tidak, 12 tahun bukan merupakan satu tempoh yang singkat.
Pelukan yang erat berserta airmata kegembiraan yang berjujuran daripada isteri, anak-anak dan cucu lelaki menjadi tanda berakhirnya penantian mereka yang penuh sabar selama ini.
“Akhirnya dapat bersama..Setelah 12tahun berpisah.. Cinta dibalik tirai besi..Terjawap segala pertanyaan anak-anak bila abah nak balik” Kata pemuda ini di ruangan kapsyen.
Dalam pada masa yang sama, ramai yang menyifatkan bahawa ini merupakan cara yang terbaik bagi memberi sokongan moral buat lelaki tersebut supaya dia tidak merasa tersisih dan benar-benar insaf dengan kesilapan yang dilakukannya dahulu.
Video yang tular di laman TikTok:
@hamizan_yusuff Akhirnya dapat bersama..Setelah 12tahun berpisahCinta dibalik tirai besi..Terjawap segala pertanyaan anak-anak bila abah nak balik #fyp #esekeli ♬ original sound – NAZ HUSSAIN
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih tontonan, tanda suka, komen dan perkongsian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan ahli keluarga yang sabar ,enanti kepulangan seorang ketua keluarga dan dalam pada masa yang sama warga netizen ‘salute’ dengan sikap isterinya yang tetap setia dan langsung tidak berpaling ketika suaminya berada di dalam penjara.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dimana jika kita mempunyai kenalan atau sahabat yang melakukan kesilapan, janganlah kita menghina atau menjatuhkan mereka sebaliknya menjadi sumber kekuatan yang sentiasa ada untuk mereka berubah dan kembali pada jalan yang betul.
Betul lah kata orang, bukan permulaan kita yang dilihat dan dititik beratkan namun pengakhiran hidup seseorang itu yang penting.
The post “Terjawap segala pertanyaan anak2,”12 Tahun di Penjara, Seluruh Keluarga Sambut Kepulangan Buat Netizen Sebak appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3xrqKP6
via IFTTT
0 Response to "“Terjawap segala pertanyaan anak2,”12 Tahun di Penjara, Seluruh Keluarga Sambut Kepulangan Buat Netizen Sebak"
Post a Comment