Kemelut mengenai pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, seorang selebriti Caprice dan juga Pengasas Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dilihat masih bertebaran di media sosial.
Isu berkenaan masih berterusan apabila semua pihak cuba menjawab pertanyaan yang diutarakan antara satu sama lain.
Nadir Al-Nuri beri penjelasan isu sumbangan RM20 juta
Saudara Nadir Al-Nuri atau nama penuhnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, menerusi live Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia di Facebook tampil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit.
Isu berkenaan adalah mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setiap tahun yang disalurkan bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestine.
Itu adalah palsu
Menerusi townhall berkenaan, Nadir Al-Nuri menegaskan bahawa pihak Cinta Gaza (CGM) tidak mendapat sebanyak RM20 juta setiap tahun dan perkara berkenaan adalah palsu.
“Orang tuduh kita ambil percent yang tinggi tapi alhamdulillah anda sendiri boleh tengok berapa kami ambil hanya 3 peratus (management charge) sahaja.”
“Sebenarnya tak ada lah kami dapat 20 juta setahun. Itu adalah palsu.”
Kita tak ambil gaji banyak
“RM20 juta itu bukannya disumbangkan setiap tahun. Tapi kita tak ambil gaji banyak.”
“Jadi tuduhan itu adalah sangat-sangat tidak baik seolah-olah kita dapat duit yang begitu banyak. Tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa.”
Duit itu tidak diuruskan oleh Cinta Gaza Malaysia sahaja
“Duit itu tidak diuruskan CGM sahaja tapi sebenarnya dikumpulkan bersama oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda.”
Menurutnya, dia turut mengalukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan menjadi tanggungjawab untuk mendedahkan di mana sumbangan tersebut disalurkan.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di laman Instagram Nadir Al-Nuri turut mengajak orang ramai mendengar bagaimana sumbangan rakyat Malaysia disalurkan menerusi satu sesi ‘Townhall Cinta Gaza Malaysia’.
Kami tunjukkan apa Malaysia dah buat untuk Palestin
“Jom kita belajar sama-sama bagaimana NGO sebaiknya diurus sambil-sambil kami tunjukkan apa yang negara kita Malaysia dah buat untuk Palestin.”
“Ini hak kalian untuk tahu kerana kalian yang menyumbang, kami hanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih-sayang dan persaudaraan.”
Kami akan beri maklum balas mengenai keresahan netizen
“Kami juga akan memberikan maklum balas tentang 1001 keresahan yang sedang bermain di minda kalian, warga netizen.”
“Esok, jam 12 tengahari waktu Malaysia di laman Facebook Cinta Gaza Malaysia yang telah dibenam 2 kali sejak perang.”
Kita urus NGO secara profesional
Sementara itu memetik laporan Utusan Malaysia, dalam sesi townhall, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, pihaknya sentiasa wujudkan hitam putih untuk menguruskan organisasi itu dengan lebih profesional.
“Kita mahu mengurus NGO secara profesional seolah-olah kita menguruskan perniagaan sendiri.”
Sanggup uruskan kerja termasuk kerja lebih masa
“Malah, sanggup untuk mengurus kerja dengan berkesan termasuk kerja lebih masa dan sentiasa mengutamakan penerima-penerima manfaat daripada NGO ini.”
“Untuk NGO ini, kami bukan sekadar mahu berikan bantuan secara one-off.”
Kami berusaha cari solusi supaya konflik di bumi Gaza dapat diselesaikan
“Akan tetapi kami juga berusaha untuk mencari solusi supaya konflik yang berlaku di bumi Gaza dapat diselesaikan,” jelasnya menerusi siaran langsung di laman Facebook.
Menurut Muhammad Nadir al-Nuri, pendedahan yang dilakukannya melalui Sesi TownHall Cinta Gaza Malaysia secara langsung itu adalah untuk menunjukkan sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin.
NGO baru bersama NGO berpengalaman urus isu bantuan
Muhammad Nadir al-Nuri menasihati mana-mana NGO yang baru sahaja ingin berkecimpung menjadi NGO yang membantu Palestin untuk bersama-sama dengan NGO yang sudah berpengalaman dalam menguruskan isu bantuan kepada negara itu.
“Dalam hal ini, kita perlu dengar nasihat orang yang sudah berpengalaman. Kerja NGO ini adalah untuk akhirat kita.”
Ada NGO anak buka rumah anak yatim di bumi Gaza
“Kita bekerja dalam tempat yang berlaku konflik. Oleh itu kita mahu beri bantuan secara paling efektif.”
“Kata ada NGO ada nak buka rumah anak yatim di bumi Gaza. Pertama sekali, kita perlu memahami penduduk setempat yang mana menubuhkan rumah anak yatim adalah satu tindakan yang amat sensitif walaupun terdapat hampir 20,000 anak yatim.”
Terdahulu, pendakwah terkenal, Ebit Lew menafikan dakwaan Muhammad Nadir Al-Nuri yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.
Lucky Tours atau nama tidak rasminya Hala
Sebaliknya beliau berkata, pasukannya memasuki Gaza dengan bantuan Kedutaan Malaysia di sana dengan dibantu syarikat pelancongan dengan caj jauh lebih murah dan mendapat maklumat untuk masuk ke Gaza satu-satunya melalui NGO Miles of Smiles dengan bayaran satu AS$10,000 atau hampir RM50,000.
Namun begitu Muhammad Nadir hari ini menjelaskan bahawa melalui Lucky Tours atau nama tidak rasminya Hala, jumlah keluar masuk Gaza yang perlu dibayar adalah sebanyak AS$2,500 bersamaan dengan RM10,566.
Gaza adalah tempat paling susah nak masuk
“Dalam banyak-banyak tempat, Gaza adalah tempat yang paling susah masuk.”
“Syarikat yang boleh bawa masuk bantuan adalah Lucky Tours ataupun nama tidak rasminya adalah Hala.”
Kita bandingkan Hala adalah sebuah syarikat
“Kita nak bandingkan Hala adalah sebuah syarikat dan Miles of Smiles ini NGO.”
“Miles of smiles adalah satu organisasi NGO yang mana duit bayaran AS$10,000 itu akan disumbangkan semula kepada rakyat Gaza, ia juga adalah satu bentuk deposit untuk menunjukkan komitmen untuk beri manfaat kepada rakyat Gaza,” katanya.
The post “Itu adalah palsu,” Nadir Al-Nuri Nafi Dapat RM20 Juta Setiap Tahun appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3hYBcru
via IFTTT
0 Response to "“Itu adalah palsu,” Nadir Al-Nuri Nafi Dapat RM20 Juta Setiap Tahun"
Post a Comment