Tiba-tiba Menangis Masa Akad Nikah, Bapa Mentua Pujuk Pengantin Lelaki Buat Netizen Sebak

Seperti yang kita tahu, Suami adalah pemimpin dalam rumah tangga bahkan ketika dia memutuskan untuk bernikah maka lelaki tersebut sudah memiliki tanggung jawab yang begitu besar.

Tidak dinafikan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup dapat menjatuhkan airmata seseorang.

Manakan tidak, terngiang ketika itu dimana segala susah, pahit dan getir bersama pasangan akhirnya berkahir dengan sebuah ikatan halal.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tidak dapat menahan sebak ketika mereka selamat diijab kabulkan pada 14 November lalu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut,dapat kita lihat suami kepada Diana Nasruddin ini dipujuk dan ditenangkan oleh bapa mertua namun sehingga kini tidak didedahkan punca pengantin lelaki itu mengalirkan airmata.

Video yang tular di laman TikTok:

@dianasruddin Reply to @ftnazhn ♬ original sound – dianasruddin

@dianasruddin Reply to @elleysaa Alhamdulillah kakdee dah selamat nikah 14/11/21 haritu. Doakan tau semua 🥰♥ #weddingday #nikahday ♬ original sound – dianasruddin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontoan, 121.3K tanda suka, 1837 komen dan 3902 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen beranggapan bahawa lelaki tersebut menyedari akan tanggungjawab yang perlu digalasnya ketika sah menjadi isteri dan melayari bahtera rumah tangga.

Dalam masa yang sama warga netizen juga mengucapkan ucapan tahniah atas perkahwinan dua mempelai yang bagai pinang dibelah dua ini.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

‘Bila cinta kerana Allah berbeza aura di berbanding cinta tapi dah sentuh-sentuh sebelum nikah’

‘Menangis kegembiraan setelah apa yang diusahakan berhasil..’

‘Suami saya pon menangis masa baca isi kandungan tu..’

‘Orang takkan faham kalau sekadar membaca jika yak menghayati.. besarnya tanggungjawab seorang lelaki untuk menghalalkan seorang insan yang dia sayang’

Selamat pengantin baru, tahniah’

‘dia takut satu hati dia teralpa..’

‘Bukan senang nak dapat bakal suami yang betul-betul tau apa itu tanggungjawab dalam rumah tangga’

‘Yang ikhlas dan tahu maksud tanggungjawab sebenar’

‘Betapa beratnya tanggungjawab dia lepas akad..’

The post Tiba-tiba Menangis Masa Akad Nikah, Bapa Mentua Pujuk Pengantin Lelaki Buat Netizen Sebak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3D6p7YB
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tiba-tiba Menangis Masa Akad Nikah, Bapa Mentua Pujuk Pengantin Lelaki Buat Netizen Sebak"

Post a Comment