Gigih Training Untuk Ujian Fizikal PDRM, Lelaki Ini Menangis Gagal Hanya Kerana Parut

Ramai dikalangan masyarakat atau anak muda menyimpan impian untuk bekerja dalam sektor awam kerana dikatakan lebih menjamin masa depan.

Bagaimana pun, proses untuk melepasi serapan jawatan SPA bukan satu perkara yang senang apatah lagi bagi ujian fizikal sehinggakan ada yang mencuba bertahun lamanya.

Jika ada rezeki, nama akan terpilih dalam senarai pendek, itu pun setelah beberapa kali berdepan dengan kegagalan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai @haziqrazali98 turut berdepan dengan situasi yang sama.

Difahamkan, Haziq bersenam bersungguh-sungguh untuk membina stamina bagi persediaan awal setelagh terpanggil untuk menghadiri ujian fizikal.

Diajuga dikatakan menjaga pemakanan sehingga berat badannya turunke BMI yang lebih stabil iaitu 75kg.

Namun siapa sangka, dia tetap tidak melepasi ujian tersebut oleh kerana mempunyai kesan parut pada tangannya.

Pemuda berusia 23 tahun ini juga turut mendedahkan bahawa parut tersebut terjadi oleh kerana dia pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya satu ketika dahulu.

Haziq juga sempat menunjukkan keadaan sebenar tangannya yang mempunyai kesan hitam tersebut dalam keadaan sebak.

Dia juga turut mendedahkan bahawa sebelum ini dia pernah melepasi ujian fizikal untuk banyak sektor awam yang lain bagaimana pun, jabatan PDRM yang memang benar-benar dimahukan namun rezeki tidak menyebelahinya.

Video yang tular di laman TikTok:

@haziqrazali98 Its end here. Tidak akan mohon lagi. Saya dah usaha mana yang mampu, bukan rezeki saya sebab ada parut timbul kecil🥺 #inspektor #ya13 #fizikal #gagal ♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen

@haziqrazali98 Reply to @weh.rizzzzzzzz Bukan patah pon. cuma saya kena langgar masa bawa moto dari belakang. Sedih betul seban tu je gagal 🥺 #harapmembantu ♬ bunyi asal – Helmy_Zizan – Helmy_Zizan👮‍♂️

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 544.2K tontonan, 29.4 tanda suka, 2331 komen dan 697 perkongsin di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan lelaki ini atas apa yang telah dilakukan namun masih belum berjaya untuk mencapai hasratnya.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

The post Gigih Training Untuk Ujian Fizikal PDRM, Lelaki Ini Menangis Gagal Hanya Kerana Parut appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3d5uNHL
via IFTTT
loading...

0 Response to "Gigih Training Untuk Ujian Fizikal PDRM, Lelaki Ini Menangis Gagal Hanya Kerana Parut"

Post a Comment