Bercinta jarak jauh atau selalu dipanggil LDR (long distance relationship) memang bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi kalau tak pernah jumpa, sekadar kenal melalui media sosial sahaja.
Tapi, bak kata orang, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dalam hubungan LDR, mesti akan ada seorang yang akan gigih berusaha untuk berjumpa.
Bagaimanapun, sedikit aneh pula kisah yang diceritakan oleh perempuan ini apabila teman kekasihnya yang dari Singapura enggan bertemu dengannya.
Malah, teman lelaki perempuan bernama Rynis ini seolah-olah tiada effort untuk hubungan mereka berdua sehinggakan Rynis terpaksa mengambil penerbangan dari Ipoh ke Singapura seorang diri!
“First time naik flight sebab saya seorang yang berani. Datang ke Singapura untuk surprise kan dia sebab dia busy sangat.”
Menerusi perkongsian yang dibuat menggunakan slideshow di TikTok, Rynis berkata mereka sudah enam tahun bercinta namun masih belum pernah bersua muka.
“Itulah siapa suruh bercinta sampai 6 tahun tak pernah jumpa kan dah kena tipu.”
Teman lelakinya berjanji akan berjumpa untuk makan tengah hari bersama, namun ‘menghilangkan diri’ sehingga pukul 1.00 pagi.
“Tengah tunggu dia sebab dia janji nak datang waktu lunch. Excited. Lambat sikit ye sebab ada meeting. Tak apa. Marah sikit sebab lapar.
“Tak apa lah mungkin saya yang banyak berusaha daripada dia yang effortless.”
Rupanya, plot twist kepada kisah ini apabila teman lelakinya meminta maaf di WhatsApp dan memberitahu bahawa dia bakal bernikah dengan perempuan lain pada keesokan harinya.
“Abang minta maaf sayang. Abang memang tak dapat nak jumpa sayang. Abang minta maaf sangat-sangat sayang.
“Esok abang dah nak nikah. Malam ni abang pergi ambil baju lepas tu terus pergi hotel nak rehearsal untuk esok.”
Tambah lelaki itu, dia sebenarnya enggan memberitahu perkara tersebut malah dakwanya ada pergi mencari Rynis selepas gagal menghubunginya.
“Jangan lah macam tu sayang. Abang kalau boleh tak nak bagitahu sayang abang nikah. Sumpah abang tak nak bagitau sebab tu abang tanya siang tadi kenapa datang minggu ni. Kenapa datang tak bagitau.
“Sayang ingat abang tak excited ke sayang datang. Abang dah cari sayang petang tadi, abang dah jalan kat tepi tu cari sayang kat tengah panas tapi abang text sayang one tick je. Sayang ingat abang tak rasa apa-apa ke.”
Video yang tular di laman TikTok
https://vt.tiktok.com/ZS82WbfKK/
The post Gadis Gigih Terbang Dari Ipoh ke Singapura, Hubungan LDR 6 Tahun Berkecai Selepas Pasangan Kantoi Dah Nak Jadi Suami Orang Lain Esok appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/x0N9Bgb
via IFTTT
0 Response to "Gadis Gigih Terbang Dari Ipoh ke Singapura, Hubungan LDR 6 Tahun Berkecai Selepas Pasangan Kantoi Dah Nak Jadi Suami Orang Lain Esok"
Post a Comment