Sifat tolong menolong merupakan amalan baik yang sering diterapkan dalam diri seorang rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Berbuat baik bukan sahaja dapat meringankan beban seseorang itu, tetapi dalam mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Perkataan bantu itu luas. Selain dari segi tenaga, dari sudut kewangan juga. Lagi-lagi ketika negara ini dilanda kegawatan ekonomi. Ramai keluarga yang terkesan.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Faisal Aljofry memuat naik satu video memaparkan dia membelanja beberapa orang di belakangnya yang turut berada di kaunter sebuah pasar raya.
Tindakannya itu secara tidak langsung menerima respons positif daripada netizen.
Menerusi video yang dikongsi, pelanggan yang dibayar olehnya terkejut kerana walaupun mereka tidak mengenali Faisal, tetap Faisal bertegas ingin membayarkan bil mereka.
“Akak scan ni sekali kak. Lepastu bil akak (pelanggan di belakangnya) masuk saya. Saya bayarkan,” katanya kepada cashier di situ.
Ketika ditanya mengapa, Faisal ringkas membalas kepada pelanggan berkenaan atas dasar sedekah Jumaat dan mahu berkongsi rezeki tanpa mengira sesiapa.
“Takpa ke bro? Thank you bro,” tanya pelanggan lelaki.
Selain itu, seorang pelanggan wanita Cina juga turut mengucapkan terima kasih selepas terkejut dengan apa yang Faisal lakukan.
“Banyak barang wooo, takpa ke? Banyak barang wooo dik. Banyak thank you wooo” katanya yang agak terkejut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah lelaki ini selain mendoakannya agar dilimpahkan rezeki yang banyak.
Malah kata netizen, melihat daripada kelakuan lelaki ini, memberi inspirasi kepada mereka untuk membuat baik kepada orang lain dan saling membantu sesam rakyat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Yg belanjaaa baikk yg kenaa belanjaa comell!!!”
“one of the reason why i need to study hard”
“nice do sultan”
“ya allah semoga murah rezeki selalu bro”
“TAHNIAH BANG we need this kind of people sebab kita bantu kita..”
Video yang tular di laman TikTok
@faisal.jofry Rezeki tak pernah salah alamat… so alamat korang apa? #fyp #kitajagakita #ampang ♬ original sound – Faisal Aljofry
The post “Hari Jumaat…” Lelaki Bayarkan Bil 3 Orang Di Belakang, Percaya Rezeki Tak Pernah Salah Alamat appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/YQBopth
via IFTTT
0 Response to "“Hari Jumaat…” Lelaki Bayarkan Bil 3 Orang Di Belakang, Percaya Rezeki Tak Pernah Salah Alamat"
Post a Comment