Anak Tampil Mengaku Bapa Seorang Penyanyi, Warganet Tak Percaya Faizal Tahir Dah Kahwin

Sebenarnya, ramai je artis dekat Malaysia ni yang dah lama mendirikan rumah tangga. Anak-anak mereka pun dah besar sehingga ada yang mencecah belasan tahun.

Iospital phone repair gombak

Tapi kita je yang tak tahu sangat sebab sesetengahnya kurang berkongsikan tentang privasi mereka di media sosial. Malah, anak-anak mereka juga low profile, enggan mendedahkan mereka sebenarnya anak artis.

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh anak perempuan kepada penyanyi Faizal Tahir iaitu Siti Raudhah Nur Iman di akaun TikTok miliknya mendapat perhatian warganet.

Menerusi video yang dikongsikan, Siti Raudhah Nur Iman memberitahu dia menerima pertanyaan mengenai dirinya adalah anak kepada penyanyi lagu Ragaman itu.

“Becomes the daughter of singer. Omg, you’re Faizal Tahir’s daughter right? (Menjadi anak kepada penyanyi. Omg, awak adalah anak Faizal Tahir kan?)” tulis remaja itu dalam video tersebut.

Bagaimanapun, setelah membuat pengakuan, masih ramai rupanya warganet yang baru mengetahui Faizal Tahir sudah berkahwin malah  tidak percaya Iman adalah anak penyanyi itu.

“Weh aku ingat Faizal Tahir ni muda lagi belum kawin.

“Apa kena dengan komen yang tak tahu dia sudah kahwin? Dia dah mempunyai ramai anak.

“Tolong beri bukti,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian video tersebut.

Membalas salah satu komen, Iman sekali lagi memuat naik video memaparkan beberapa keping gambar dia bersama bapanya sebagai bukti dia anak penyanyi terkenal itu.

Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihanim Noran pada 2001 dan mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.

@thssyhg Replying to @ayra.sophie #shouldbeme ♬ original sound – iman

The post Anak Tampil Mengaku Bapa Seorang Penyanyi, Warganet Tak Percaya Faizal Tahir Dah Kahwin appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/D2XZ1G3
via IFTTT
loading...

0 Response to "Anak Tampil Mengaku Bapa Seorang Penyanyi, Warganet Tak Percaya Faizal Tahir Dah Kahwin"

Post a Comment