“Kental hati abang ni” Lelaki Langgar Kereta JPJ Sampai Terbalik Gara-Gara Marah Disaman Kerana Tiada Lesen Buat Netizen Terkedu

Terkadang manusia sememangnya bertindak di luar kawalan jika terlalu marah malah tidak mampu menahan sabar sehingga boleh melakukan perkara yang tak tercapai dek akal.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bertindak agresif dengan merosakkan kereta anggota Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular, difahamkan sepasukan anggota JPJ melakukan operasi secara rondaan dan mendapati bahawa ‘back hoe’ tersebut dalam keadaan yang mencurigakan.

Selepas ditahan, pihak JPJ mendapati pemandu back hoe tersebut tidak mempunyai lesen memandu kelas F sebelum menyaman lelaki tersebut.

Oleh kerana terlalu marah, pemandu tersebut dengan selamba melanggar kereta JPJ sehingga terbalik.

Jika diperhatikan, ada anggota JPJ yang cuba memujuk lelaki tersebut namun tidak dihiraukan.

Hati kering betul lelaki ini, orang jumpa JPJ berderau jantung, dia siap terbalikkan kereta JPJ lagi tu!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hanya terkedu dan bagaikan ‘hilang kata’ melihat aksi pemandu back hoe tersebut.

Mereka juga menyifatkan ianya perkara yang sia-sia kerana pada hujungnya pemandu tersebut juga yang akan menanggung padahnya serta dikenakan tindakan lanjut.

Antara komen warga maya:


Video yang tular di laman Twitter:

The post “Kental hati abang ni” Lelaki Langgar Kereta JPJ Sampai Terbalik Gara-Gara Marah Disaman Kerana Tiada Lesen Buat Netizen Terkedu appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/nJ8K2sV
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Kental hati abang ni” Lelaki Langgar Kereta JPJ Sampai Terbalik Gara-Gara Marah Disaman Kerana Tiada Lesen Buat Netizen Terkedu"

Post a Comment