Peminat industri hiburan Malaysia pastinya kenal dengan penyanyi dan pelakon hebat iaitu Erneelya Elyana Emrizal atau lebih mesra dikenali sebagai Elyana.
Dia sehingga kini masih mendapat tempat di hati masyarakat walaupun jarang keluar di kaca TV! Hebat sungguh ‘aura’ Elyana ni!
Terbaru, Elyana mendedahkan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin bakal memasuki tahun yang ke-11 bulan hadapan.
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, penyanyi yang juga merupakan anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini turut menitipkan kata sayang buat suami tercinta.
“Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun.
”Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1.
“Terima kasih sudi menjadi teman saya didunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya.
‘posting’ tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warga netizen menitipkan doa buat kesihatan Elyana sekeluarga.
Terdahulu, Elyana yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017.
Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Difahamkan, Kanser tersebut turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
“Boleh dikatakan seluruh badan saya seperti disiat-siat dan ditoreh-toreh. Jujur saya rasa lemah dan seakan-akan hilang arah, tidak tahu sampai bila mampu bertahan.”
“Dari bahagian pinggul, dada, belakang badan dan kaki semuanya sakit. Sakit yang tidak tahu bagaimana untuk saya ungkapkan.”
Pada Jun lalu, Elyana turut menjalani rawatan radioterapi.
“Alhamdulillah, saya sudah boleh bernafas dengan baik. Cuma, rawatan radioterapi ini masih perlu dibuat kerana sel-sel kanser itu masih ada di bahagian tertentu seperti hati dan pinggul.
“Jadi, kenalah dirawat lagi untuk pulih. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan keadaan kesihatan saya untuk cepat pulih. Malah, tak jemu juga memberi saya banyak kata-kata semangat untuk terus berjuang menghadapi penyakit ini. Terima kasih juga kerana selalu menemani ‘live’ saya di Instagram,” katanya.
View this post on Instagram
Elyana telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
The post “Anniversary kita yang ke-11, saya sakit dah 10 tahun,” – Elyana appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3mRVZOr
via IFTTT
0 Response to "“Anniversary kita yang ke-11, saya sakit dah 10 tahun,” – Elyana"
Post a Comment