“Niat sedekah abe” Volkswagen Dilanggar, Ibu Halang Anak Minta Ganti Rugi Dek Fikirkan Kesusahan Penunggang Motor Kerja Maskot

Jika kereta kita dilanggar dari belakang, selalunya memang kita akan meminta ganti rugi untuk memperbaiki keadaan kereta yang sudah dirempuh, sama ada sengaja ataupun tidak.

Iospital phone repair gombak

Namun, tanpa kita sedari, masih ada insan yang baik hati sehingga enggan mengambil sedikit pun wang daripada si pelaku dek kerana memikirkan taraf hidup mereka.

Begitulah yang terjadi kepada lelaki ini apabila lampu keretanya pecah akibat dilanggar namun dihalang oleh ibunya untuk meminta wang ganti rugi daripada pelaku.

Menerusi video tular oleh Farhan Kaswahadi di TikTok, mendengarkan ibunya sebak apabila dia memaklumkan bahawa kereta Volkswagen Scirocco miliknya mengalami kemalangan kecil.

“Saya dalam perjalanan nak pergi Car Food Sahur untuk bersahur dekat Pantai Batu Buruk. Masa bagi signal nak masuk simpang, ada motor langgar dari belakang.

“Dia tak nampak saya mungkin sebab pakai maskot Mickey Mouse. Dia ‘hentam’ lampu dan bumper kereta. Sikit saja ada kesan calar tapi lampu pecah.

“Selepas langgar dia tanya saya berapa kos ganti rugi. Saya beritahu anggaran RM800 untuk sepasang lampu,” katanya yang berusia 24 tahun.

Kejadian itu lalu diceritakan kepada ibunya, Nor Hasimah Sulong, 47, menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp.

Mendengar cerita Farhan, si ibu terus berasa sedih kerana mengenangkan nasib malang penunggang motosikal tersebut yang mencari rezeki dengan memakai maskot.

“Lelaki tu lebih kurang 40an umur dia. Dia ada tunjuk duit seringgit (RM1) je banyak jadi saya fahamlah kalau tak boleh nak bayar ganti rugi sekarang. Dia ada minta nombor telefon saya.

“Saya pun ceritalah apa yang terjadi kepada ibu termasuklah fasal lelaki tunjuk duit RM1 tu. Ibu terus kasihankan dia dan tak bagi ambil duit. Ibu memang hati tisu mudah kasihankan orang.

“Saya pun dari kecil sampai besar tak pernah kena pukul atau rotan dengan ibu. Dia selalu beri pesanan dengan suara lembut macam dalam video yang saya share tu,” kata anak jati Terengganu itu.

Menerusi mesej suara yang dihantar, ibunya sebak dan menasihati Farhan supaya tidak mengambil wang ganti rugi daripada lelaki itu.

“Jangan ambil duit orang tu ya. Dengar dia cakap nanti cukup duit pun ibu dah sedih dengar. Nak cukupkan RM200… (cari duit) pakai maskot bang.

“Padahal nak cukupkan duit (ganti rugi) tu kita tak tahu makan dia macam mana. Kalau dah berkahwin, susu anak dia macam mana nak boleh cukup RM200.

“Duit seringgit-seringgit tu pun punca mata pencarian dia. Nak cukupkan duit bagi kita, (nasib) anak dan isteri dia macam mana. Ni dah la nak raya, nak buka puasa. Tak payah ambillah, abang niat sedekah saja. Ingat pesan ibu,” pesan ibu Farhan.

Farhan turut menjelaskan bahawa dia tidak akan mengambil duit lelaki tersebut sekiranya dihubungi kelak. Malah, sudah menukar sendiri lampu baharu keretanya.

Video yang tular di laman TikTok

@abeetiktok_makan modal raya♬ original sound – myvitok – Akim📈

The post “Niat sedekah abe” Volkswagen Dilanggar, Ibu Halang Anak Minta Ganti Rugi Dek Fikirkan Kesusahan Penunggang Motor Kerja Maskot appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/M5ZQV3Y
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Niat sedekah abe” Volkswagen Dilanggar, Ibu Halang Anak Minta Ganti Rugi Dek Fikirkan Kesusahan Penunggang Motor Kerja Maskot"

Post a Comment