Dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada pasang surut keadaan. Pahit, manis adalah satu adat dalam berumah tangga ini.
Ada kala kita bahagia, ada kala kita diuji dengan pelbagai cara. Setiap pasangan pasti akan lalui semua ini dan tak dinafikan ini merupakan satu proses untuk kita lebih kenal pasangan kita.
Terkadang, disebabkan perselisihan faham membuatkan pasangan bertindak di luar jangkaan tanpa memikirkan masa depan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita meminta untuk berpisah atas sebab tertentu sehingga suaminya melafazkan talak satu.
Dia juga berkongsi video tersebut menerusi applikasi TikTok @shuha1da.
@shuha1da🙂 ##tiktokmalaysia ##foryoupage ##fypppppppppppp ##fypp ##fypシ ##xyzbca♬ original sound – SunriseMusic
“Hang ceraikan aku sekarang! Tunggu apa lagi? Lafazlah sekarang. Hang lepaskan aku cepat. Sekarang.. *jatuh talak satu*,” tulis wanita berusia 21 tahun itu dalam video tersebut.
Walaubagaimana pun, menerusi satu lagi video yang lain, dia turut memaklumkan bahawa lelaki berumur 19 tahun itu ingin merujuk untuk kembali dalam waktu iddah selepas beberapa jam melafazkan cerai.
Wanita yang berasal daripada Pulau Pinang itu memaklumkan perkara tersebut selepas segelintir individu mendakwa kisah penceraian rumah tangganya hanya rekaan semata-mata untuk meraih perhatian ramai.
@shuha1daReply to @amcahh_vids2 repost : got no time for prank ##tiktokmalaysia ##foryoupage ##fypppppppppppp ##fypp ##fypシ ##xyzbca♬ Cukup – Rizal Rasid
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan dia berada di sebuah pejabat agama di Bukit Mertajam untuk proses rujuk semula sebagai suami isteri.
“Pada malam selepas dia lafaz cerai, dalam beberapa jam kemudian dia minta rujuk balik. Sakit sangat mendalam walaupun dalam masa yang sama aku masih sayang dia,” katanya yang berkahwin dua tahun lalu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah meraih 775.4k tontonan, 62.1k tanda suka dan 1036 komen.
Video tersebut mendapat perhatian ramai oleh kerana ada netizen yang mendakwa mereka melakukan perkahwinan seperti sebuah permainan kerana sangat mudah mengungkapkan ungkapan ‘cerai’.
“Ingat tengah ‘couple’ ke?” – netizen
Ada juga netizen yang memberi nasihat agar berbincang dan cari cara penyelesaian bersama sekiranya mempunyai masalah dan tidak melepaskan pasangan begitu sahaja.
“ambil sebagai pengajaan, jangan cabar kesabaran lelaki”
“apa-apa pun fikir anak dulu ye, kesian dia nanti”
“ada masalah bincang selagi boleh..itu jalan terbaik”
“cerai ni bukan benda main-main.. ingat ni bercinta ke semalam break esok getback“
“perkara halal yang dibenci oleh Allah adalah penceraian”
“cerai ni bukan macam break tau”
Walau bagaimanapun, wanita itu sempat meninggalkan pesan untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“doa benda-benda baik dah la guys. Cakap negative tak ada guna. Doakan kami semua ok dan diberi petunjuk” – @shuha1da
The post [VIDEO] “Hang ceraikan aku sekarang,” Baru Berapa Jam Jatuh Talak 1, Suami Minta Rujuk Balik appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3DCijCB
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Hang ceraikan aku sekarang,” Baru Berapa Jam Jatuh Talak 1, Suami Minta Rujuk Balik"
Post a Comment