Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cederaa dan lebam di anggota badan, petang hari ini.
Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai diidera ibu dan bapa tirinya.
Seorang lelaki maklumkan anaknya lemas dalam tong air
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kira-kira 4 petang, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumahnya.
Walaubagaimanapun, katanya, siasatan di tempat kejadian, polis mendapati ada kesan lebam serta kecederaann di anggota badan kanak-kanak itu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederrakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan”.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekssaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh esok.
Kami dah sampai melaka Amir untuk tengok kali terakhir
Sementara itu menerusi perkongsian keluarga angkat kanak-kanak lelaki itu sebelum itu turut sebak dengan kejadian yang berlaku.
Keluarga angkat turut tidak menyangka detik perpisahan mereka dengan kanak-kanak yang bernama amir adalah memori terakhir mereka bersama kanak-kanak lelaki itu.
Doakan segala urusan kami bertemu Amir dipermudahkan
Menerusi laman Facebook pengguna bernama Tuhfah Nazihah Tarmidi turut berkongsi khabar duka itu.
Terdahulu, kisah keluarga ini telah tular apabila kanak-kanak ini telah dijaga oleh keluarga angkat bertahun-tahun terpisah apabila kanak-kanak itu telah diambil ibu kandungnya.
6 tahun kami memelihara Amir sejak berusia dua bulan
Memetik laporan mStar sebelum ini, ibu angkat kanak-kanak ini Norlida Abu Hassan berkata sungguh pun pahit untuk ditelan, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.
“Bukan kata tak reda, saya sedar akhirnya Amir akan kembali kepada ibu kandungnya juga”.
“Namun sedih sangat nak berpisah kerana hampir enam tahun keluarga kami memeliharanya, sejak dia berusia dua bulan”.
Amir ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adik bongsu
“Di sini, dia ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adalah ‘adik bongsu’. Manakala anak-anak saya yang lain dah besar semuanya, yang paling bongsu pun 17 tahun”.
“Abang-abang dan kakak-kakaknya layan dia dengan penuh kasih sayang,” kata wanita berusia 50 tahun ini”.
Tak pernah terniat untuk rebut Amir
“Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya. Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir”.
Berkongsi bagaimana Amir berada di bawah jagaannya, menurut Norlida, dia hanya menghulurkan pertolongan kerana ketika itu ibu kandung kanak-kanak tersebut sedang menyambung pengajian dan masih belum stabil dari segi kewangan.
Ibunya adalah rakan kolej anak saya
“Ibunya adalah rakan kolej anak saya. Anak saya selalu bercerita dia simpati dengan kakak seniornya yang terpaksa jaga baby dalam masa yang sama bekerja dan belajar”.
“Memang saling tak mengenali pun, tapi saya turut simpati bila dengar cerita anak”.
Saya berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri
“Kemudian saya tawarkan pertolongan untuk jaga bayinya itu. Saya dengan berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri”.
“Kepada ibunya, saya katakan usah bimbang, belajar dan selesaikan urusannya dulu, hal perbelanjaan susu, lampin pakai buang jangan difikirkan. Ada la rezeki Amir ni nanti”.
13 Oktober ibu kandung Amir datang menjemputnya
“Hari demi hari hinggalah menjangkau usia Amir enam tahun, kemudian ibunya serius suarakan hasrat nak ambil Amir semula”.
“Pada tanggal 13 Oktober lalu, ibu kandung Amir datang menjemputnya di rumah kami di Rawang, Selangor untuk dibawa pulang ke Melaka,” cerita ibu kepada lima cahaya mata ini.
Kami terkilan tak berpeluang sambut hari jadi Amir
Menurut Norlida, dia sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambut hari jadi Amir yang jatuh pada Disember akan datang.
“Amir nak sangat kereta mainan remote control tapi tak sempat nak beli sebab semua terlalu pantas”.
Saya tak boleh lihat baju sekolah amir, gambar atau video, luruh air mata
“Pada mulanya nak awalkan sikit sambut hari jadi dia sebelum hujung Oktober ini, namun apakan daya”.
“Saya selalu berhubung sama ada dengan ibu dan bapa tirinya untuk mengetahui perkembangan Amir”.
Saya sentiasa terangkan mengenai ibu kandunganya
“Rindu tak usah cakap. Saya tak boleh lihat baju sekolahnya, gambar ataupun video. Cepat luruh air mata”.
“Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya”.
Amir adalah jambata syurga untuk saya
“Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir sebab saya memang sedar akan hakikatnya”.
“Saya anggap apa yang dilakukan untuk Amir adalah jambatan syurga untuk saya,” katanya.
Doakan kami dipermudahkan urusan bawa pulang jenazah
Menerusi laman facebook Tuhfah, mereka turut meminta orang ramai mendoakan supaya mereka dibenarkan membawa pulang jenazah Amir ke rawang untuk dikebumikan disana.
Berita adik Amir mengejutkan orang ramai
Berita pemergian kanak-kanak itu dibawah jagaan ibu kandung dan ayah tirinya turut mendapat perhatian ramai.
Apa yang mengejutkan adalah, orang ramai tidak menyangkan kanak-kanak tular diambil dari keluarga angkat adalah orang yang sama dilaporkan terkorban.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Salam takziah buat keluarga angkat adik Amir, moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan melalui ujian ini.
The post [VIDEO] Hampir 6 Tahun Jaga, Keluarga Angkat Sedih Amir Maut Dipercayai Dideraa Ibu Kandung appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3cpStYm
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Hampir 6 Tahun Jaga, Keluarga Angkat Sedih Amir Maut Dipercayai Dideraa Ibu Kandung"
Post a Comment