Penceramah bebas, Datuk Azizan Osman hari ini telah mengesahkan dirinya dijangkiti wabak COVID-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu.
Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebooknya, Azizan berkata, selain beliau, 31 ahli keluarganya lain turut dijangkiti wabak tersebut.
Namun apa yang turut menyedihkan ialah, ibu mertuanya meninggal dunia akibat pandemik COVID-19.
Berkongsi lebih lanjut, Azizan menggambarkan kejadian yang menimpa beliau itu sebagai sesuatu yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.
“COVID-19 hampir meragut nyawa saya! (Pada pukul) 1.44 petang, Jumaat 15 Januari – saya dah hampir maut!
“Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tetapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.
“Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19. (Seramai) 31 ahli keluarga saya dijangkiti COVID-19 dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah.
“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini,” katanya dalam entri tersebut, pada Khamis.
Azizan yang juga pengasas syarikat RichWorks International menambah, beliau hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara ini, namun sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah.
“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… you tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan mesin untuk terus bertahan dan melawan dengan otak, emosi dan diri.
“Kamu mahu hidup? Kamu mahu lawan? Itu la saatnya… Dan Insya-Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya. Peluang kedua ini bukan sekadar suka-suka.
“Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ini untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, dan menjadi mentor yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Azizan menyifatkan pandemik COVID-19, bukan hanya telah menjejaskan kehidupan ramai orang dalam meneruskan kelangsungan hidup, bahkan turut memberi kesan kepadanya.
“Seorang ibu yang mencurii ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah.
“Kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan perniagaan.
“Tekanann perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa. Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya,” katanya.
The post “C0VID-19 hampir meragut nyawa saya!” 31 Orang Keluarga Azizan Osman Positif, Ibu Mertua Kembali ke Rahmatullah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3qWIuxn
via IFTTT
0 Response to "“C0VID-19 hampir meragut nyawa saya!” 31 Orang Keluarga Azizan Osman Positif, Ibu Mertua Kembali ke Rahmatullah"
Post a Comment