Walaupun sudah bercerai hampir lapan tahun sejak 2013, namun kisah mengenai pelakon Rita Rudaini dan juga bekas suaminya, bintang bola sepak, Aidil Zafuan masih tiada kesudahan lagi.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayya Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
View this post on Instagram
Rita Rudaini didakwa pertahankan hak untuk tuntut nafkah
Kemudian, Aidil Zafuan mengambil keputusan untuk berkahwin bersama Zarema Zainal pada tahun yang sama dicerai dengan aktres itu.
Sebelum ini juga Rita Rudaini pernah didakwa mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menuntut nafkah kepada Aidil Zafuan di mahkamah.
Aidil perjelas dakwaan tidak membayar nafkah anak
Cerita ini tidak kesudahan apabila ada ‘mulut-mulut’ yang mendakwa Aidil Zafuan tidak beri nafkah kepada anak-anaknya.
Terbaru, Aidil dilihat memuat naik satu kenyataan di Insta Story menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dia tidak membayar nafkah kepada dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
View this post on Instagram
Saya telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal
Menurut Aidil, dia tidak pernah gagal untuk membayar nafkah kepada anak-anak serta mempunyai semua bukti pembayaran nafkah yang dilakukannya.
“Ingin saya nyatakan yang selama in, saya telah memberi nafkah setiap bulan tanpa gagal yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun,” tulisnya.
View this post on Instagram
Berhati-hati mengeluarkan kata-kata anda sendiri
“Saya harap anda semua jelas dgn penjelasan saya. Saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ni dan saya akan serahkan semua kepada peguam saya untuk tindakan lanjut”.
“Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yg anda sendiri tidak pasti yg boleh menjatuhkan fitnah”.
Cakap dan doa yang baik-baik
Ramai yang menyatakan saya tidak beri nafkah
Tidak manis urusan keluarga dihebahkan
Jangan keruhkan keadaan saya dengan pihak disebelah sana
“Saya minta anda jangan comment benda yg boleh mendatangkan perbalahan saya dan mengeruhkan lagi keadaan saya dgn pihak disebelah sana. Cakap dan doa yg baik-baik sahaja”.
“Banyak benda yg kita bole fikirkan di dalam situasi yg sedang melanda kita sekarang dari kita melemparkan kata-kata yg bole mendatangkan fitnah”.
View this post on Instagram
Hal seorang bapa adalah urusannya dengan bekas isteri
Jelas Aidil lagi, mengenai hal tanggungjawabnya sebagai seorang bapa itu adalah urusannya dengan pihak bekas isteri. Ujarnya, tidak manis jika urusan keluarga dihebahkan kepada umum.
Dalam pada itu, Aidil turut memberi peringatan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah serta tanpa bukti yang kukuh.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga pada 2008, namun perkahwinan mereka dilanda badai sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 5 September 2013.
Aidil kemudian berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.
View this post on Instagram
Semoga kenyataan yang dikeluarkan ini memberi penjelasan kepada persoalan yang terungkai. Diharap segala kekusutan yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik.
The post “Tak manis urusan keluarga dihebahkan,” Aidil Zafuan Jawab Tuduhan Tak Beri Nafkah Anak appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3pgp1r7
via IFTTT
0 Response to "“Tak manis urusan keluarga dihebahkan,” Aidil Zafuan Jawab Tuduhan Tak Beri Nafkah Anak"
Post a Comment