Setiap perniagaan mempunyai cara marketing mereka tersendiri bahkan pada masa kini ramai yang membuat ‘konsep’ tertentu di dalam kedai makan mereka.
Contohnya kedai makan bertemakan ‘hantu’ dimana mereka meletakkan patung-patung hantu, nama makanan yang pelik, pelayan yang memakai kostum bagi melahirkan ‘vibe’ seram pada pelanggan.
Ada juga yang berkonsepkan floral dimana masuk sahaja kedai makan seolah-olah kita berada di mini garden bahkan baru-baru ini ada juga yang menjadikan mesin jahit klasik sebagai meja makan! Memang menggamit kenangan betul.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kedai makan menggunakan gelas minuman yang unik dan pelik membuatkan pelanggan ‘pening kepala’ menggunakannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aniraharis, dapat kita lihat mereka berada di sebuah kedai makan dan memesan segelas air.
Pada awalnya, gadis itu teruja melihat gelas berbentuk kasut namun ada satu hal yang membuatkannya bingung.
“Order air ni semata-mata nak gelas unik.. persoalannya macam mana nak kacau sweetener kat hujung tu?” ujarnya
Manakan tidak, bentuk gelas tersebut membuatkan wanita ini sukar untuk mengacau pemanis di bahagian hujung gelas itu. Puas dicuba tapi masih lagi tidak berhasil, dia sehingga buntu dan hanya mampu tergelak untuk mencari jalan penyelesaian pada masalahnya.
“Kawan sis kat depan punya idea, blow dgn straw” tambahnya lagi di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka yang pening bagaimana mahu mengacau pemanis.
Bukan itu sahaja, netizen juga memberikan pendapat dan solusi malah ada yang berseloroh meminta wanita itu terbalikkan straw.
Antara komen warga maya:
“Cuba terbalik kan straw tu”
“Hahaha.. ya saya pun tiup guna straw.. hahaha”
“Ni baru betul kencing manis potong kaki..”
Video yang tular di laman TikTok:
@aniraharis Kawan sis kat depan punya idea, blow dgn straw #randomthings #lifeofanira ♬ original sound – Anira Haris
The post Restoren Guna Gelas Unik, Gelagat Gadis Pening Fikir Cara Kacau Susu Di Bawah Buat Ramai Terhibur! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/kTKyJNl
via IFTTT
0 Response to "Restoren Guna Gelas Unik, Gelagat Gadis Pening Fikir Cara Kacau Susu Di Bawah Buat Ramai Terhibur!"
Post a Comment