Hanya kerana memuat naik foto memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman, ruangan komen Instagram Awal Ashaari menjadi tempat perdebatan netizen.
Perbezaan pendapat di kalangan pengikut tercetus apabila ada yang menganggap tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak patut.
Segelintir netizen tersebut mempersoalkan keperluan Awal menyambut Krismas dan berpendapat ia bertentangan dengan akidah.
Walau bagaimanapun, ada juga mempertahankan Awal sebagai menghormati undangan teman demi menjaga silaturahim sesama insan.
Foto tersebut mendapat hampir 72 ribu tanda suka dengan 1,652 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis).
Selain bergambar di hadapan pokok krismas bersama isteri Scha Alyahya dan anak, Lara Alana, Awal turut berkongsi foto kenang-kenangan bersama teman-temannya di ruangan Insta Story.
Menjawab kritikan dari netizen, Awal Ashaari akhirnya memuat naik penbjelasannya menerusi insta story.
Lara belajar di Sekolah Antarabangsa
“A lot of people are trying to get my feedback on the Christmas photo yang dok viral now
My answer is simple. Lara is in international school and a lot of her best friends are non Muslim. They celebrate Christmas.
“As a friend, when there’s a celebration, mesti kita akan di jemput dan kita juga ingin menziarah.”
Respect permintaan tuan rumah
“Tuan rumah kasi dress code, kita ikut untuk respect permintaan mereka.
Sama Macam Hari Raya. Kawan kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju melayu, baju kebaya dan ada yang memakai jubah.
“Mereka juga akan memjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tido malam tu.
Orang kristian pun hormat agama kita
“Dan orang kristian pun respect agama kita. Diorang selalunya beli makanan kat restoran yang halal so that kita rasa selesa.
“Diorang tak Minum pun depan Idea Sebab hormat. Bila nak bergambar, mereka akan can spot yang cantik, contohnya kat Binding yang kita dok gantung kad rays, gantung ketupat plastic dan gantung lampu kelip kelip yang kita beli kat Jalan Tuanku Abdul Rahman.
“Diorang post kat Instagram untuk wish dan cakap Terima Kasih Sebab jemput diorang.
Bila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka ; Buddha, Hindu ataupun Kritian. Mereka tak automatic jadi Islam.
“Cuba reverse ban situasi to dan anda akan dapat jawapan nya.”
The post “Lara belajar di Sekolah Antarabangsa” Isu Foto Krismas Awal Ashaari & Keluarga, Ini Penjelasan Awal appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3hm6BlH
via IFTTT
0 Response to "“Lara belajar di Sekolah Antarabangsa” Isu Foto Krismas Awal Ashaari & Keluarga, Ini Penjelasan Awal"
Post a Comment