Semalam, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat telah membuat permohonan maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan insiden Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mengalami kecederaan selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang.
“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.” kata JKR Kuala Langat menerusi Twitter.
Terdahulu, Bernama melaporkan Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Raja Abu Bakar memberitahu menteri itu terjatuh selepas basikal ditunggangnya melanggar lubang di atas jalan raya kira-kira 11 pagi tadi.
Khairy mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan keadaan muka yang lebam dan gambar lokasi kejadian.
“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj (Khairy) hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” kata raja Syahrir.
Khairy cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.
Susulan permohonan maaf JKR Kuala Langat itu, para netizen memberikan reaksi yang pelbagai.
Malah, ada yang membangkitkan JKR tersebut tidak pernah membuat permohonan maaf di saat rakyat lain menerima nasib yang sama.
“sapa ingat tahun lepas budaksekolah maut kena langgar di olak lempit, kuala langat. tak terbaca JKR minta maaf pada keluarga sbb tak cepat buat speed bumb.”
“Nak kena tunggu Menteri jatuh dulu ke baru nak amik tindakan? Yang meninggal ni JKR dah mintak maaf ke belom? Gosh the double standard is infuriating!!!”
“Parut kenangan musim covid-19 ni. Saya tak perlu pemohonan maaf dari @JKRMalaysia. Apa yang saya minta cuma tolong ambil tindakan dan pantau jalanraya rosak yang lain terutamanya laluan motorsikal. Kasihanilah penunggang motorsikal seperti saya.”
The post Khairy Jatuh Parit Basikal Langgar Lubang, JKR Kuala Langat Mohon Maaf appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2Md0WD2
via IFTTT
0 Response to "Khairy Jatuh Parit Basikal Langgar Lubang, JKR Kuala Langat Mohon Maaf"
Post a Comment