[FOTO] Wanita Ini Order Lingerie Niat Nak Tackle Hati Suami, Akhirnya Redha Ditalak Hanya Kerana..

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan bahtera yang dibina kekal hingga ke syurga.

Namun begitu, tiada siapa yang mampu melawan takdir yang tertulis. Kadang-kala perpisahan berlaku hanya kerana kesalahan kecil yang tidak disedari pasangan.

Oleh kerana kesibukan menguruskan rumah tangga, kadang-kala para isteri tidak sempat bersiap dan terlepas pandang perkara berkenaan kerana kesibukan menguruskan anak-anak.

Seringkali kita dengar rungutan mengenai perkara tersebut. Ada benarnya kerana setiap orang mahu pasangan mereka kelihatan menarik.

Tak salah isteri berhias dirumah untuk suami

Malah ada yang menyatakan tidak salah isteri kekal berhias ketika berada dirumah kerana ia mampu mengikat kasih sayang si suami.

Sekali imbas ia seperti nampak perkara yang remeh-temeh namun perkara tersebut mampu mengundang pasangan kepada masalah lain yang berkaitan dengannya.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitter, beliau berkongsi sebuah kisah rumah tangga yang dialami oleh salah seorang pelangganya.

Beli baju tidur jenis lingerie untuk tackle suami

Pengguna Twitter bernama @daliajepp tampil berkongsi dan kisah berkenaan telah mendapat perhatian ramai.

Pada awalnya, seorang wanita telah menghubunginya untuk membeli sehelai baju tidur jenis lingerie dan urusan pembelian sudah selesai dilakukan oleh waniita berkenaan.

Sebelum menghantar baju tersebut, wanita berkenaan menghubunginya dan meminta untuk ditanggukan dahulu penghantaran tersebut kepadanya sehingga diberitahu.

Sedekah jela lingerie itu kepada orang lain

Selepas itu, wanita berkenaan menghubunginya memberitahu dia menukar fikiran dan dia tidak mahu baju tersebut.

Menerusi mesej yang diterima, wanita berkenaan meminta saya untuk memberikan sahaja pakaian tersebut kepada orang lain.

Saya selekah dan tak pandai layan suami

Wanita berkenaan turut menceritakan yang beliau tidak sempat memperbetulkan kesalahan dirinya keran semuanya telah berakhir.

Beliau turut mengakui dirinya agak selekeh dan tidak pandai melayan suami sebelum ini dan berazam untuk bangkit sekali gus memikat semula hati lelaki berkenaan.

Namun, semuanya sudah terlambat apabila dia akhirnya dijatuhkan talak sebelum sempat membetulkan kekurangannya.

Yang baru kahwin, pakailah cantik-cantik dirumah 

Susulan dari kes berkenaan, wanita berkenaan turut menyarankan para isteri agar ikhlas dalam memberi layanan kepada suami dan menjaga penampilan diri didalam dan luar rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran buat kita semua supaya sentiasa menjaga penampilan diri bukan sahaja untuk suami malah untuk keyakinan diri kita sendiri.

The post [FOTO] Wanita Ini Order Lingerie Niat Nak Tackle Hati Suami, Akhirnya Redha Ditalak Hanya Kerana.. appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/33yOW4r
via IFTTT
loading...

0 Response to "[FOTO] Wanita Ini Order Lingerie Niat Nak Tackle Hati Suami, Akhirnya Redha Ditalak Hanya Kerana.."

Post a Comment