Perasaan duka kehilangan ahli keluarga bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk ditelan. Malah perlukan jangka masa yang lama untuk pulih dari perasaan trauma tersebut.
Namun apakan daya kita sebagai manusia, kita harus yakin dengan qada dan qadar Allah SWT kerana Dia Maha Menetahui dan sebaik-baik perancang.
Tular baru-baru ini tentang kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada malam 17 Disember yang lalu, di kawasan R&R USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan 10 orang maut termasuklah ibu kepada seorang remaja bernama Faiz dan juga lapan adik-beradiknya yang lain.
“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya” kata Faiz.
Menurut laporan Metro, Faiz yang juga baru berusia 14 tidak dapat menahan sebak selepas pemergian ibunya, Norul Naziah Buyong, 37 dan lapan adik-beradiknya yang lain itu secara serentak.
Kemalangan yang meragut nyawa ibu dan adik-beradiknya itu berlaku setelah kereta Proton Wira yang dinaiki keluarganya terperosok di bawah sebuah treler. Kemalangan tersebut juga difahamkan berlaku pada pukul 11.45 malam.
Manakala seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah seorang pemuda yang bukan dari ahli keluarga Faiz bernama Rahimi Rolex, 27 tahun.
Abd Razak Majit, 50 yang juga suami kepada Norul Naziah terselamat daripada kemalangan tersebut manakala tiga mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan.
Yang membuatkan kejadian ini lebih sebak adalah apabila adik kepada ibu Faiz yang mesra disapa Nurul menyatakan bahawa seminggu yang lalu sebelum arwah kakaknya dijemput Ilahi, arwah kakaknya sempat menghubungi dirinya dan menanyakan soalan yang pelik seolah-olah sudah tahu masanya sudah hampir tiba.
“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya.”
Kata Nurul lagi, arwah kakaknya itu ada mengirimkan mesej dan audio di aplikasi Whatsapp pada pukul 10.18 malam semasa arwah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin di Melaka.
Arwah memberitahu Nurul bahawa kereta mereka rosak selepas dinaiki air akibat hujan yang lebat dan banjir.
“Saya katakan padanya supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kemalangan serta meninggal dunia di tempat kejadian.”
“Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut meninggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat.”
Nurul yang menerima khabar dukacita itu bergegas ke tempat kejadian dan selamat tiba pada pukul 12.46 malam tetapi tidak sanggup melihat keadaan arwah kakaknya itu dan terus ke Unit Forensik Hospital Shah Alam.
Semoga dugaan ini menjadi pelajaran buat diri kita agar sentiasa meluangkan masa yang ada bersama keluarga tersayang dan selalu menghargai kehadiran mereka. Semoga roh mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.
The post “Tak sangka hari terakhir jumpa Ibu,” Hilang Ibu & 8 Beradik Serentak, Faiz Luah Rasa Sedih appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3p97EuY
via IFTTT
0 Response to "“Tak sangka hari terakhir jumpa Ibu,” Hilang Ibu & 8 Beradik Serentak, Faiz Luah Rasa Sedih"
Post a Comment