Masjid Dimasuki Banjir, Ramai-ramai Cuci Tanpa Kira Bangsa Buat Netizen Tersentuh

Fenomena banjir yang luar biasa berlaku di semenanjung Malaysia baru-baru ini nyata membuatkan negara kita berada dalam keadaan ‘tenat’ disebabkan ada yang kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya akibat lemas, kehilangan dan kerosakkan harta benda, tanah runtuh, pokok tumbang dan penutupan jalan di banyak kawasan. Malah tempat suci iaitu pusat beribadat seperti masjid, kuil dan gereja tidak terkecuali.

Bagaimana pun, tragedi hitam ini nyata membuka mata semua rakyat Malaysia dalam pelbagai segi tidak kira agama, bangsa mahupun kaum.

Sebelum ini, kita melihat rakan-rakan masjid serta jawatankuasa gurdwara yang menyediakan makanan, tempat perlindungan dan ibadah buat orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama. Kali ini, seorang pemuda berbangsa India berkongsi detik mereka menyertai misi bantuan banjir di sebuah masjid di Klang yang terjejas.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rejean0810, kelihatan mereka sedang bertungkus lumus mengeluarkan air banjir daripada masjid.

“Thanks a lot For ur loves and support ,we will continue our service for the community as much we can”- katanya

Berikut merupakan video yang tular di TikTok:

@rejean0810##MisiBantuanBanjir##KerjaPembersihanMasjidDiKlang##KitaPrihatin##BangsaMalaysia##WeCare♬ original sound – VM SAJATH-❤-AMMA-❤-BOYS-🌿S

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 588.8K tontonan, 70.8K tanda suka, 6906 komen dan 2937 perkongsian di TikTok.

Rakaman pendek tersebut juga mendapat reaksi daripada Kementerian Perpaduan Negara.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa syukur atas keprihatinan rakyat malaysia yang menjaga antara satu sama lain tanpa mengenal bangsa dan agama.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap agar sikap murni yang ditunjukkan rakyat Malaysia kebelakangan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Berikut merupkan komen warga maya:

“aku menangis sebab happy berbilang kaum membantu.. you guys are the best”

“kita semua satu family”

“bila bencana kita semua sepakat dan bekerjasama.. proud to be Malaysian”

“1 Malaysian”

“baru aku tahu yang kita masih bersatu”

seronok walaupun berlumpur

The post Masjid Dimasuki Banjir, Ramai-ramai Cuci Tanpa Kira Bangsa Buat Netizen Tersentuh appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3qhVmzK
via IFTTT
loading...

0 Response to "Masjid Dimasuki Banjir, Ramai-ramai Cuci Tanpa Kira Bangsa Buat Netizen Tersentuh"

Post a Comment