Sesi persekolahan telah mula dibuka selepas berbulan-bulan ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Khabar tersebut nyata membuatkan para murid teruja kerana dapat menimba ilmu dan bertemu rakan-rakan malah ibu bapa juga dapat menarik nafas lega dek kerana anaknya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.
Sudah pasti menjadi perkara yang memenatkan setelah habis sesi pembelajaran di sekolah dan membuatkan pelajar tak sabar ingin pulang ke rumah untuk berehat.
Namun lain pula ceritanya dengan video yang tular baru-baru ini dimana adik permpuan kepada lelaki ini ‘naik hantu’ apabila abangnya lewat ambil dari sekolah.
Manakan tidak, sudahlah bersekolah pada sesi pagi dan habis pada tengahari bercampur lapar pula, tiba-tiba kena berpanas menunggu abangnya mengambilnya pulang. Siapa yang tidak mogok! hehehe
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh @luqmanmha, kelihatan dia sedang menunggu adiknya yang sudah habis sekolah di dalam kereta.
Tapi disebabkan dia terlewaat untuk ambil adiknya pulang, dia mendapat ‘hadiah’ yang tidak disangka-sangka.
Bukan sahaja merenung tajam ke arah abangnya sambil menuju ke kereta, malah usai sahaja membuka pintu, dia terus mencampakkan beg ke arah abangnya kerana marah dibiar menunggu lama.
Video yang tular di laman TikTok:
@luqmanmha Ambik adik lambat be like #fypdongggggggg ♬ original sound – Luqman Nurhaqim
“Bukan nak cakap apalah. Bila lambat ambik tu satu kesalahan berat, jadi harus terima. Haha jalan pun dah tahu kak long kawasan ni” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 220.9K tanda suka, 4902 komen dan 3100 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat dua beradik ini dan dalam masa yang sama ramai di antara para netizen dapat relate dengan video tersebut kerana bergaduh manja adik beradik ini sememangnya normal.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
“patut lah marah semacam.. SMK BINJAI rupanya.. Salam Dari Binjai”
“dah la lambat, ko datang happy2 siap record.. memang dia bagi ko satu kenangan la.. hahaha”
“aku terlambat pun adik aku ckp ‘asal tak ambik aku esok je’.. deep thoo”
“smk binjai terlatih untuk jadi garang dan ganas”
“lapar + panas mmg marah lah hahahah..”
“aku dulu punya marah sampai sanggup jalan kaki.. abang aku follow naik motor pujuk..”
“sekali buka pintu nahhhh hambeeekkk”
“family aku pernah amik lewat 2 jam balik tu aku jerit satu rumah sampai nangis2..”
Geram betul, marah pun still comel! lepasni mesti abang sampai ‘on time’ takut mendapat ‘habuan’ lagi! hehehe
The post “Salam dari binjai” Terlambat Ambil Balik Sekolah, Adik Baling Beg Jadi Perhatian Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3IEtxK1
via IFTTT
0 Response to "“Salam dari binjai” Terlambat Ambil Balik Sekolah, Adik Baling Beg Jadi Perhatian Netizen"
Post a Comment