Bengang Ayah Buang Phone Dalam Sawah, Gadis Terbaring Meronta-ronta Atas Jalan

Menjadi seorang insan yang bergelr ayah bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangkakan.

Selain merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga kestabilan keluarga, ayah juga merupakan pelindung buat anak-anaknya.

Apatah lagi jika anaknya itu merupakan seorang anak perempuan, pasti dia akan lebih teliti dalam menjaga keselamatan, kehormatan dan maruah anaknya.

Tidak hairan lah jika ada yang mengatakan bahawa cinta pertama anak perempuan adalah ayahnya kerana ayah merupakan sosok yang tidak pernah menyakiti anak perempuan apatah lagi melihat anaknya kecewa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah kecewa dengan sikap anaknya yang ‘kantoi’ keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, ayahnya kelihatan sangat marah dan geram dengan tindakan anaknya yang dianggap memalukan itu lalu merampas telefon bimbit milik anaknya.

Namun apa yang lebih mengejutkan orang ramai apabila ayahnya itu bertindak untuk mencampakan telefon bimbit tersebut dengan sekuat hati ke dalam sawah berhampiran.

Bagaimanapun anak perempuan nya itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menangis, situasi bertambah teruk apabila anaknya tiba-tiba turun daripada motor dan meronta-ronta selepas melihat tindakkan ayahnya yang mencampakkan telefon bimbit miliknya.

Bukan itu sahaja, dia juga kelihatan berguling-guling di tepi jalan seolah-olah terkena gangguan histeria dan tidak menghiraukan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Berikut merupakan video yang tular:

@milkblue2♬ suara asli – _____:) – alva

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 28.6M tontonan, 1.9M tanda suka, 59.0K komen dan 30.6K perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan kmen, rata-rata warga netizen berpendapat bahawa sudah tentu ada sebab mengapa ayahnya bertindak sedemikian kerana setiap orang tua pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.

Dalam pada masa yang sama para netizen juga menyifatkan terkadang orang tua terpaksa menggunakan ‘kekerasan’ setelah ‘cara lembut’ tidak diendahkan. Hal ini dilakukan semata-mata untuk mendidik dan melihat anaknya ‘jadi orang’ satu hari kelak.

Antara komen-komen netizen:

The post Bengang Ayah Buang Phone Dalam Sawah, Gadis Terbaring Meronta-ronta Atas Jalan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3IET5GV
via IFTTT
loading...

0 Response to "Bengang Ayah Buang Phone Dalam Sawah, Gadis Terbaring Meronta-ronta Atas Jalan"

Post a Comment