“Hanya mampu tatap jenazah” Tak Sempat Jumpa Ibu, Frontliner Kesal Tak Dibenarkan Rentas Negeri

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak luahan rakyat yang kecewa tak dibenarkan rentas negeri untuk bertemu ibu bapa.

Seperti yang dilalui staf KKM ini, Lina Kamarudin menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa apabila permohonannya dan suami untuk pulang ke kampung bagi menziarahi ibu yang sakit tidak diluluskan.

Berikut luahan beliau:

Polis nak dokumen

Tak tau nak mula dari mana. Rasa terkilan yang teramat sangat. Sebenarnya dua hari sebelum tu dah nak balik kampung, suami buat VC dengan mak mentua.

Mak cakap kaki bengkak. Masa tu suami dah tak sedap hati, sebab kaki bengkak tu tanda2 jantung bermasalah.

Pergi ke Balai Polis ( somewhere in Selangor), di pintu masuk dah tampal “surat permohonan tanpa dokumen sokongan TIDAK AKAN DILAYAN”.

Macam mana nak ada dokumen, belum masuk hospital lagi. Nak cakap mak sakit, polis nak percaya ke? Dia nak dokumen jugak.

Kami bukan nak pergi melancong, bukan nak pergi honeymoon, bukan nak pergi naik cable car pun. Nak tengok mak sakit. Itu je.

Tak dapat surat pengesahan doktor

Hari berikutnya mak collapse, muntah dan sakit perut. Kakak ipar bawak ke kecemasan di sebuah hospital di utara. Kami mintak kakak ipar snapkan gambar sticker pendaftaran di kecemasan sebagai bukti. Staff kat situ tak bagi.

Kami bukan nak surat pengesahan doktor pun. Sebab kami tahu doktor pun sibuk. Suami pun staff hospital jugak. Memang paham la.

Malamnya, kami call ke kaunter pendaftaran kecemasan. Pihak kaunter kata, kena tanya yellowzone, yellowzone tak reply, pas kat kaunter pendaftaran balik. Staff kaunter pendaftaran kata tak boleh nak bagi apa² bukti yang mak masuk hospital.

Dia suruh pihak polis call direct ke kecemasan kalau tak percaya.

Mak dah masuk zon kritikal

Dan hari ni jam 9.30pg, kakak ipar baru dapat slip pengesahan rawatan pesakit. Dah masuk zone kritikal. Heart beat dah stop.

Bergegaslah kami pergi print dokumen. 10.15 sampai ke Balai Polis. Tunggu pulak turn. 10.30 sampai turn kami.

Masuk jumpa pegawai polis, cakap kat polis mak dah kritikal. Polis tanya macam². Tiba² dapat call, kata mak dah takde. Allah! Mencurah dah air mata masa tu.

Polis nak sijil kematian

Cakap kat pegawai polis. Mak baru je meninggal. Polis nak sijil kematian pulak.

Allah.. tak tau nak kata apa. Baru seminit meninggal, macam mana nak dapat sijil kematian?? Bertekak jugak suami dengan pegawai polis tu.

Puas merayu, akhirnya dapat surat perlepasan. Tapi dah dapat pun nak buat apa?? Orang tersayang dah pergi buat selamanya.

Kesian kat suami. Orang lain sakit, dia yang attend. Sekarang, mak sendiri sakit tak dapat attend. SOP ini menyusahkan mereka yang betul² ada kecemasan.

Dah sampai meninggal tak dapat jumpa!!!

Sampai hati buat mcm ni kat frontliner!! Staff KKM sendiri.!! Dah berkhidmat dengan KKM lebih 20 tahun. Pakai PPE, berpanas attend patient covid. Korang suruh cucuk V, dah cucuk complete dose. Nak tengok mak sendiri sakit pun, macam2 SOP.

Celebrity rentas negeri pergi bulan madu, senang je dapat permit. Instafemes hantar hadiah rentas negeri, boleh dapat permit.

Ni frontliner sendiri, yang menyumbang tenaga untuk negara. Siap vaksiin. Apa lagi yang korang nak???

Hanya mampu tatap jenazah mak

Pukul 4 petang sampai kampung. Masa tu jenazah dah nak bawak ke tanah perkuburan. Hanya sempat menatap sekejap wajah arwah mak. Tak sempat nak mintak ampun. Mak dah pergi dulu.

Al Fatihah untuk arwah mak mentua. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 arwah.
Kami redho dengan ketentuan Ilahi. Bukan nak salahkan pihak berkuasa, cuma nak pesan kepada orang² kayangan..tolong jangan salah gunakan perlepasan rentas negeri.

Tindakan anda menyebabkan SOP semakin ketat dan menyusahkan rakyat marhain seperti kami.

The post “Hanya mampu tatap jenazah” Tak Sempat Jumpa Ibu, Frontliner Kesal Tak Dibenarkan Rentas Negeri appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/332uJ6A
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Hanya mampu tatap jenazah” Tak Sempat Jumpa Ibu, Frontliner Kesal Tak Dibenarkan Rentas Negeri"

Post a Comment