[VIDEO] “Belum kahwin dah main dukung-dukung, pelok-pelok,” Jannah Muner Ditegur Netizen

Pelakon wajah kacukan, Dini Azan Schatzmann, dan kekasih hatinya yang juga seorang pelakon dan penyanyi Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi satu video di Instagram yang menjadi perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Aksi didukung teman lelaki tarik perhatian

Apa yang menarik perhatian adalah aksinya didukung oleh teman lelaki dalam video tersebut disifatkan tidak manis oleh netizen.

Walaupun niat Janna berkongsikan video tersebut sekadar hiburan, namun netizen kurang senang dengan tindakan tersebut memandangkan pasangan itu belum mempunyai ikatan yang sah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Selebriti sepatutnya tunjuk contoh yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan pelakon tersebut apatah lagi dia merupakan seorang selebriti yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terutama kepada anak muda.

Meskipun banyak komen teguran diberikan, namun Janna dilihat tidak mengendahkan kata-kata netizen terhadap dirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tarikh istimewa 2.2.2021

Terdahulu, menerusi satu perkongsian terdahulu, Janna turut memuat naik sekeping gambar bersama teman lelakinya dengan menulis tarikh ‘istimewa’ 2.2.2021 di ruangan kapsyen.

Rata-rata netizen membuat spekkulasi mungkinkah Janna bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Janna Nick nafi telah berkahwin

Terdahulu, apa desas-desus yang mendakwa Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu.

Perkara itu mula hangat diperkatakan menerusi pendedahan seorang pengguna laman Twitter yang memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini.

Menerusi laporan Harian Metro, Janna yang juga pengacara Melodi ketika dihubungi menafikan dakwaan itu.

Saya bukan bercinta dengan suami orang nak kahwin lari

Menurut Janna, 25, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, tiada sebab untuk dia berkahwin secara senyap kerana dia bukan bercinta dengan lelaki berstatus suami orang.

“Perancangan untuk berkahwin memang ada tapi tidaklah sampai nak kahwin lari. Saya bukan bercinta dengan suami orang”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Saya akan umumkan tarikh perkahwinan kepada umum

“Sekiranya segala persiapan sudah dibuat dengan rapi, saya pasti akan umumkan tarikh perkahwinan kepada umum”.

“Namun, dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala. Jangankan kenduri kahwin, nak buat majlis rumah terbuka pun tak lepas,” katanya.

Malah Janna turut menegaskan tindakan tegas akan diambil kepada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya.

The post [VIDEO] “Belum kahwin dah main dukung-dukung, pelok-pelok,” Jannah Muner Ditegur Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/38Va5ch
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Belum kahwin dah main dukung-dukung, pelok-pelok,” Jannah Muner Ditegur Netizen"

Post a Comment