BAHANA MAJLIS REUNION SEMASA RAYA.. "ISTERI AKU DITANGKAP KHALWAT DENGAN KEKASIH ZAMAN SEKOLAH"



Lelaki kecewa isteri ditangkap khalwat bersama bekas kekasih! Semua orang sukakan majlis
pertemuan semula atau ‘reunion’ bersama bekas rakan­rakan sekolah, kolej mahupun universiti. Yalah, siapa tidak gembira boleh bertemu kembali dengan sahabat lama.



 Banyak benda boleh dibicarakan dan sudah tentu cerita­cerita kenangan lama pahit dan manis akan menjadi topik utama perbualan sepanjang pertemuan.

Tapi, majlis reunion itu bukanlah semuanya indah. Sebagaimana yang berlaku kepada seorang suami
yang mahu dikenali Zamri, 47, yang kecewa selepas isterinya ditangkap khalwat bersama bekas rakan
sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit kelmarin. Menurut Zamri, semuanya berpunca daripada majlis pertemuan semula rakan­rakan isterinya.

“Angkara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan
rakan sekolah kembali berputik hingga terjerumus ke lembah zina,” kata Zamri dipetik myMetro.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur selepas dimaklumkan polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama bapa enam anak.

Menurut Zamri, dia tidak menyangka tindakan ibu kepada empat anak dan dua cucu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya kerana mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dulu.


Katanya, perubahan sikap isterinya itu mula dikesan selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan bagi mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak Rampai, pada September tahun lalu.


Pada ammboi, ini bukannya masalah reunion. Ramai lagi orang lain yang mengadakan majlis yang
serupa namun tidaklah sampai melarat sampai macam tu sekali.
loading...

0 Response to "BAHANA MAJLIS REUNION SEMASA RAYA.. "ISTERI AKU DITANGKAP KHALWAT DENGAN KEKASIH ZAMAN SEKOLAH" "

Post a Comment