‘Kasih Ibu Bawa Ke Syurga’, Pengantin Lelaki Dukung Ibu Sambil Menangis Teresak-Esak Undang Sebak Netizen

Ibu merupakan seorang insan yang melahirkan kita dan memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, siapalah kita dan tidak mungkin untuk kita dilahirkan di dunia ini.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok mengenai pasangan pengantin yang lengkap berpakaian songket menangis pada hari perkahwinan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asahari.co, momen itu dirakamkan sewaktu acara sudah pun tamat kerana dapat kita lihat keluarga pengantin ada yang sedang berehat dan berkumpul di bawah khemah.

Apa yang lebih mengusik jiwa warga netizen apabila detik pengantin lelaki mendukung ibunya sambil menangis teresak-esak.

“Sayang dia selagi masih ada,” tulis Asahari, individu yang merakamkan momen itu.

Difahamkan, pengantin itu dikelilingi saudara mara yang menjadi ‘saksi’ detik indah antara pengantin lelaki dan ibunya itu.

“Masa ni semua tak boleh tahan air mata. Kasih ibu membawa ke syurga,” tulisnya di dalam video tersebut.

Berdasarkan video tersebut juga, kelihatan beberapa ahli keluarga yang berpakaian sedondon hijau turut menitiskan air mata menyaksikan detik anak beranak itu.

Walaupun rakaman tersebut hanya pendek durasinya, video tersebut sudah mampu membuatkan orang ramai berasa sebak.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen berpendapat bahawa wanita yang menjadi isterinya sangat bertuah kerana memiliki seorang suami yang sifatnya seorang yang penyayang.

Menurut netizen, pasti layanan yang bakal diberikan si suami kepada si isteri akan baik seperti mana dia sangat menyayangi ibunya.

Ada juga warganet yang menitipkan doa buat keluarga si pengantin agar semoga sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Mereka yang sudah mengalami kehilangan ibu mereka juga turut meninggalkan komen di video berkenaan dan rindu akan momen mereka bersama-sama dengan ibu mereka.

Antara komen netizen:

“Lucky isteri dia dpt lelaki yg syang mak dia mcm tu sekali mesti dia sayang isteri dia mcm dia syng mak dia . 🫶🏻

“terbaik bang.. semoge syurga buat mu abang dan semoga mak abg sihat selalu dan di permudahkan segale urusan abang dan mak satu family.. aminn”

“Untung abg dpt dukung mak time sanding. Sy cuma dpt bawa semangat arwah ayah & arwah mak je time sanding. Selagi ada org tua hargailah mereka. 🥰🥰🥰

Video yang tular:

@asahari.co Episode 2 : time ni semua tak boleh tahan air mata #fyp ♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – Sadvibes🥀

The post ‘Kasih Ibu Bawa Ke Syurga’, Pengantin Lelaki Dukung Ibu Sambil Menangis Teresak-Esak Undang Sebak Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/EkF3e7w
via IFTTT
loading...

0 Response to "‘Kasih Ibu Bawa Ke Syurga’, Pengantin Lelaki Dukung Ibu Sambil Menangis Teresak-Esak Undang Sebak Netizen"

Post a Comment