Seperti yang kita tahu, bonggol di atas jalan raya bertujuan untuk mengawal had laju pengguna jalan raya ketika memandu sekaligus untuk tujuan keselamatan. Bagaimanapun, reka bentuk bonggol haruslah bersesuaian dan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana bonggol yang baru dibuat di Jalan ke Persiaran Tun Arsyad Ayub berhadapan Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam kini diarah tutup buat sementara atas langkah keselamatan.
Digelar ‘bonggol maut’, difahamkan ramai daripada pengguna jalan raya nyaria kemalangan setelah melewati bonggol berkenaan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adiehussin94, dikatakan saiz bonggol berkenaan sangat besar dan dibina tanpa jalur kuning membuatkan pengguna jalan raya tidak perasan terdapat bonggol.
Berdasarkan laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pihak bandaraya telah memuat naik status baharu berhubungan dengan isu bonggol di hadapan Unisel.
Kini, pihak MBSA menutup laluan tersebut bagi memberi ruang untuk kerja-kerja penambahbaikan.
Tidak cukup dengan itu, papan tanda had laju kenderaan dan cat garisan kuning juga telah dipasang bagi langkah keselamatan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut
melihat video kereta yang seakan ‘terbang’ dan ‘melompat’ setelah melewati bonggol besar berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendedahkan pengalaman mereka dimana pernah kemalangan dek kerana bonggol yang tinggi dan juga tidak di cat dengan jalur kuning.
Antara komen warga maya:
Mohon jkr check spec bonggol yang kontraktor buat. Tanya die sebelom sewa lesen tu ada baca buku tak pic.twitter.com/yI2UautQcQ
— Parti Kerajaan Langit (@PartiLangit) December 11, 2022
Tak faham konsep JKR kerja…buat hump takde cat ni mmg bahaya, adakah alasan sbbhari hujan tak boleh cat? Berhati-hatilah di jalanraya
— Adrin Abdul Razak (@Adrin_MACHA) December 11, 2022
Kesian kalau kereta rendah…. Hancus.
— fikachuw (@piqachhuw) December 11, 2022
Perghh bunyi kereta tragis. Dorang baru tambah ke bump tu.
— XYZ (@Fxxxx0000) December 11, 2022
Kat area rumah pernah berlaku kemalangan maut melibatkan penunggang motorsikal disebabkan bump yang tak dicat. Lepas ada orang meninggal baru cat.
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) December 11, 2022
baru lalu tadi nasib tak mampus. pastu tayar belakang pancit satu. hate it here
— lump of goo (@discountanimegf) December 11, 2022
Bump tu baru siap semalam, tadi aku bawak motor laju melambung sial tak perasan, nsib tak tergolek kt situ Hahaha shit betul
— Thundercloud (@Mvdm46) December 11, 2022
Video yang tular di laman Twitter:
BE AWARE!!! AMARAN!!!
Depan Unisel seksyen 7 shah alam tiba2 pulak lalu tadi ada bump besar bapak, buat bump takde jalur2 kuning. Xtahu nak mengadu kt sape ni, harap warganet berhati-hati dan mohon perlahankan kenderaan.@JKRSelangor pic.twitter.com/v7j6MmIblj
— ABANG KIAH (@adiehussin94) December 11, 2022
More video..
itu sy just brenti dalam 10minit, tak tahu la sepanjang malam ni ape yg berlaku, mohon sgt supaya korang hati2, harap tiada kemalangan jiwa pic.twitter.com/lxl8K5wenF
— ABANG KIAH (@adiehussin94) December 11, 2022
Ni x silap abg grabfood rasanya, nasib baik dia berdiri masa hentakan, kalau x dah bersimpang siur pic.twitter.com/o16Wbsl6Hw
— ABANG KIAH (@adiehussin94) December 11, 2022
Ambil maklum, YB. Kerja-kerja mengecat jalan raya dengan garisan kuning dan pemasangan ‘signboard’ jalan bersebelahan Unisel, Seksyen 7 telah dilaksanakan oleh petugas Jabatan Kejuruteraan MBSA. pic.twitter.com/hhs4nOt9VY
— MBSA (@sacitycouncil) December 11, 2022
The post “Bonggol maut” Kereta ‘Melambung’ & Hampir Kemalangan, Bonggol Depan Unisel Ditutup Sementara appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/lj42FOb
via IFTTT
0 Response to "“Bonggol maut” Kereta ‘Melambung’ & Hampir Kemalangan, Bonggol Depan Unisel Ditutup Sementara"
Post a Comment