Seringkali kita lihat pelajar ataupun anak perantauan yang bekerja terpaksa mencari rumah sewa dan tinggal bersama kenalan ataupun orang luar yang tidak dikenali di dalam satu rumah bagi menjimatkan kos sara hidup.
Manakan tidak, sebagai pelajar sudah pasti banyak yang perlu difikirkan dan begitu juga anak perantauan yang baru bekerja dan masih tidak stabil dari segi kewangan.
Pun begitu, ramai juga dikalangan ‘housemate’ yang seakan tiada adab dan akhirnya menyusahkan ramai orang.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda meluahkan perasaan marah kerana perangai housematenya telah mencuri tumpuan.
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan pemuda itu ingin membasuh pakaian di dalam mesin basuh namun dia terkejut melihat boxer housematenya yang penuh tahi di dalamnya.
Lebih menjijikkan adalah, housematenya itu turut memasukkan beberapa helai baju yang lain bersama boxer tersebut untuk dibasuh.
Pemuda ini juga mendedahkan tandas di rumah mereka turut berada di dalam keadaan kotor.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen jijik melihat perkara tersebut malah ada juga yang pernah berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama.
Antara komen warga maya:
Hahaha geram betul kalau cakap pasal housemate ni. Tak jumpa lagi yang makan takreti basuh. Sampah takreti buang. Biar berlalat lalat aje dekat dapur tu. Yang penting kalau nak keluar melawa aja. Kat rumah macam jubur
— diorlvv (@syazkhyar) December 4, 2022
Dah pernah lalui. Memang annoying. Yg jenis melawa gi clubbing siap sampai berejam balik mabuk. Toilet jgn ckp, mmg bau oink Period basuh tapi tak buang dulu, kumpul banyak2 baru buang. Tapi mcmtu pun dia, pilihan idaman lelaki tinder. Sebab apa, sebab cantik lah!!! hahahhaha
— Izzah Farzanah (@farzanahashburn) December 4, 2022
Kau try pijak dia sekali lepas tu cakap jangan jadi serabai sangat bodo.
— Fadhli_hisham (@FadhliEliz) December 4, 2022
Paling sial bila housemate kencing berdiri kat mangkuk toilet sepah2 pastu tinggal je. Member nak guna tengok ada kuning2 kat tepi mangkuk toilet. Geli betul nak duduk. Camtu punya manusia pun ada.
— Zul/helmi (@zlhlmianr_) December 4, 2022
sama la housemate aku semua pengotor, ada skli dia berak x pom tandas, rupanya sbb tahi dia keras x dpt lalu lobang tandas tu, housemate aku stu lgi angkat tahi tu x tahu dia buang pergi mana pulak bau sial
— shin (@themidnightshin) December 4, 2022
aku baca kat sini semua housemate bermasalah pengotor, memang masa kat rumah dulu mak bapak settle kan semua untuk korang ke, bontot diorang pun mak bapak cebok sampai sekarang ke ? i cannot brain please yall disgustingggg
— DS far iss (@farishsblh) December 4, 2022
Video yang tular di laman Twitter:
Sial lah housemate aku ni. Dah la dari semalam hang tinggai baju dalam mesin. Pagi ni aku nak basuh baju, aku keluarkan la baju dia tu. Sekali ada boxer penuh taik. SAPA BASUH BOXER PENUH TAIK DENGAN BAJU BAJU LAIN DALAM MESIN BASUH SIALLL
— Man (@AmeerAimanRosni) December 3, 2022
Update. Harini aku balik kerja, nak guna tandas. Sekali aku jenguk dalam toilet, ada harta karun ahmad albab. Tak selera sial nak snap gambar
— Man (@AmeerAimanRosni) December 4, 2022
Aku takde la bukti boxer taik tu tapi takat nak share situasi rumah tu boleh lah. Ni tandas luar yang aku tak peduli langsung pic.twitter.com/h6HPzvlepE
— Man (@AmeerAimanRosni) December 4, 2022
The post “Housemate dari neraka” Niat Nak Basuh Baju, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Boxer’ Penuh Najis Dalam Mesin Basuh! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/Uw106am
via IFTTT
0 Response to "“Housemate dari neraka” Niat Nak Basuh Baju, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Boxer’ Penuh Najis Dalam Mesin Basuh!"
Post a Comment