“Dah tampal sticker..” Parkir Di Petak Khas, Lelaki OKU Berang Disaman MPKL

Terdapat pelbagai keistimewaan diberikan kepada insan kelainan upaya (OKU). Antaranya tandas OKU, laluan OKU dan juga tempat parkir kenderaan khas OKU.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, tular sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh @roslanjajuli mengenai dirinya disaman di Pantai Morib, Selangor.

Menerusi video berkenaan, Roslan meluahkan rasa tidak puas hati dan marah apabila dirinya disaman disebabkan parkir di tempat parkir khas OKU tersebut sedangkan dirinya sendiri sememangnya OKU.

Difahamkan, dia berasa terkejut apabila menerima saman tersebut kerana menggunakan parkir berkenaan.

Bukan itu sahaja, Roslan juga berasa terkejut disebabkan stiker OKU telah ditampalkan di hadapan cermin keretanya tetapi dia masih disaman.

Kata Roslan, jika saman tersebut hanyalah RM20 sahaja maka dia mampu sahaja untuk bayar saman itu dan selepas ini dia hanya akan memarkirkan kenderaannya di tempat biasa.

Ekoran video Roslan yang tular itu, pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) tampil mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Berdasarkan keterangan MPKL, telah didapati bahawa pelekat Kenderaan OKU yang ditampalkan oleh Roslan berbeza dengan versi yang dikeluarkan oleh JPJ dan juga berbeza dengan versi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

MPKL bertindak memberikan saman tersebut sebelumnya kerana untuk memastikan layanan yang adil kepada semua golongan masyarakat dan untuk mengelakkan penyalahgunaan kemudahan petak parkir OKU tersebut.

Sudah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang didapati menggunakan pelekat kenderaan OKU yang meragukan.

Namun begitu, notis tersebut dikatakan boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan jika seseorang individu itu boleh mengesahkan bahawa beliau merupakan seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambahan lagi, MPKL juga akan membantu individu yang terbabit untuk mendapatkan pelekat kenderaan OKU yang sah.

Penggunaan pelekat OKU yang sah telah ditetapkan dan diseragamkan oleh kerajaan Negeri Selangor dan boleh diguna pakai di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Bagi permohonan pelekat OKU, orang awam boleh merujuk kepada PBT di kawasan masing-masing.

Dan akhirya kini, Roslan telah memuat naik video terbaharu di laman TikToknya dengan menyatakan bahawa saman tersebut adalah sebanyak RM300.

Syukur alhamdulillah, saman itu telah dibatalkan oleh pihak MPKL dan Roslan turut mengucapkan ucapan terima kasih atas kerjasama pihak MPKL terhadap kesnya itu.

Pihak MPKL juga memberikan Roslan pelekat kenderaan OKU yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai bersyukur apabila saman tersebut telah pun dibatalkan.

Antara komen netizen:

“alhamdulillahhh😅😅😅.”

“Alhamdulillah wes settel….”

Video yang tular:

@roslanjajuli Saman #saman #samanparking #morib #majlisperbandaran ♬ original sound – roslanjajuli

@roslanjajuli Batal saman #majlisperbandaran #samanparking #oku #majlisperbandarankualalangat #selangor ♬ original sound – roslanjajuli

The post “Dah tampal sticker..” Parkir Di Petak Khas, Lelaki OKU Berang Disaman MPKL appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/vAzLNKl
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Dah tampal sticker..” Parkir Di Petak Khas, Lelaki OKU Berang Disaman MPKL"

Post a Comment