Setiap hari semakin ramai rakyat di negara ini yang sudah menerima suntikan vaksin di seluruh negara.
Orang ramai turut berkongsi pelbagai cerita dan video sepanjang mereka menerima vaksin dan berkongsi di media sosial bagi menggalakkan lebih ramai orang mengambil vaksin.
Bekas suami sukarelawan di PPV
Namun begitu, lain pula ceritanya pada minggu lalu apabila seorang wanita secara tak sengaja bertemu dengan bekas suaminya ketika mahu menerima vaksin.
Tanpa diduga, bekas suaminya merupakan salah seorang sukarelawan di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor.
Saya memang cam walaupun dia pakai mask
Alia Nurshafira Mohd Zamhor yang berkongsi kisah ini turut terkejut apabila secara kebetulan terpilih untuk ke kaunter yang diuruskan oleh bekas suaminya, Syarif Ali Saifuddin Haflan pada hari kejadian.
“Saya tak tahu dia kerja di PPV. Tapi bila pergi sana, saya memang cam dia walaupun dia pakai mask. Lagipun kami memang selalu jumpa untuk urusan anak.”
Kami tak bergaduh, baik sampai sekarang
“Kami tak bergaduh, baik sampai sekarang. Alhamdulillah, proses suntikan vaksin pun sangat lancar dan cepat.”
“Kebetulan dapat kaunter yang dia jaga. Padahal ramai orang dan ada banyak kaunter di PPV itu.”
Tak perlu, saya ingat semua tentang awak
Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, Alia tidak menyangka dapat berurusan dengan bekas suami yang perlu mendapatkan butiran peribadinya.
Apa yang menarik lagi, sewaktu Alia bertanya perlukan kad pengenalan tak?
Bekas suaminya menjawab: “Tak perlu, saya ingat semua tentang awak.”
Kami sempat berborak dan selfie
“Sempat juga kami berborak sekejap dan ambil selfie,” imbas ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun itu.
Menurut Alia yang juga penerima vaksin Sinovac, dia sekadar berkongsi kisah pertemuan singkat itu di Instagram untuk disimpan sebagai kenangan.
Pada masa sama, dia juga mahu memberi mesej positif kepada individu di luar sana khususnya yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing.
Saya memang suka kongsi hal berkaitan keluarga
“Di media sosial, saya memang suka kongsi hal berkaitan famili. Sebelum ini pun saya ada kongsi video ketika bekas suami raikan hari lahir anak kami.”
“Mungkin ada yang senasib dengan saya, saya cuma nak sampaikan mesej dan inspirasi. InsyaAllah boleh bagi manfaat pada orang sekeliling.”
Saya bersyukur ada bekas suami yang baik
“Saya sangat bersyukur ada bekas suami yang baik. Saya juga masih baik dengan keluarganya.”
“Saya cuma nak share moment itu sebab ia kelakar. Bukan selalu saya share mengenai bekas suami di media sosial,” kongsinya kepada mStar.
Bekas suami seorang pramugara
Jelas Alia lagi, bekas suaminya merupakan pramugara sebuah syarikat penerbangan dan kini sedang bertugas sebagai sukarelawan PPV.
Mengenai dirinya, Alia merupakan peniaga yang mengusahakan kedai baju di Danau Kota, Setapak dan sudah berkecimpung dalam bidang itu sejak 10 tahun lalu.
Dedah Alia, sebagaimana peniaga-peniaga lain, dia turut terjejas akibat pandemik sejak tahun lalu.
Saya terpaksa berniaga online
“Saya 100 peratus di kedai. Kerana pandemik, saya terpaksa berniaga online. Tapi Alhamdulillah, impaknya lagi besar. Bolehlah untuk saya sara anak seorang.
“Ada hikmahnya, ia mengajar banyak benda. Awal-awal memang susah tapi selepas itu saya jumpa rentak. Saya terpaksa keluar dari zon selesa.
Tak perlu IC, saya ingat semua tentang awak
Menerusi laman Twitter, video berdurasi 31 saat dikongsikan oleh seorang pengguna dan video ini telah mendapat perhatian ramai.
“Sis ni dah bercerai dengan ex husband dia 3 tahun lepas. Pergi PPV tak sangka dapat kaunter yang ex husband dia jaga.”
“Part dia ckap perlukan ic tak ? tak perlu, saya ingat semua tentang awak.”
Sis ni dah bercerai dengan ex husband dia 3 tahun lepas. Pergi PPV tak sangka dapat kaunter yang ex husband dia jaga.
Part dia ckap perlukan ic tak ? “tak perlu, saya ingat semua tentang awak”
Me: hurrrtttt pic.twitter.com/7eJ2hymrsd
— Yon ❼ (@Amrlamnnn) July 16, 2021
Untuk rekod, Alia dan bekas suami, masing-masing berusia 28 tahun, berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2018.
The post [VIDEO] “Tak payah IC, saya ingat semua tentang awak,” Terjumpa Bekas Suami Bertugas Di PPV, Wanita Ini Buat Netizen Sebak appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3zezTKT
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Tak payah IC, saya ingat semua tentang awak,” Terjumpa Bekas Suami Bertugas Di PPV, Wanita Ini Buat Netizen Sebak"
Post a Comment