Di kala netizen tidak putus-putus melahirkan rasa amarah terhadap seorang usahawan kerana disifatkan berkelakuan biadab terhadap seorang warga emas, pengarah Erma Fatima punya pandangan yang berlainan.
Menurut Erma, setelah berulang kali menonton video tersebut, dia tidak melihat influencer dikenali sebagai Carl Samsudin itu bersikap biadab sebaliknya hanya ingin memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda.
Berusia 53 tahun, Erma beranggapan segelintir mereka sememangnya memerlukan teguran keras untuk mengubah nasib kehidupan mereka.
“Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadab atau kurang ajar. Lain la kalau dia guna perkataan kesat atau kasar.
“Saya tengok video itu berulang kali sebelum nak beri komen.
“Bagi saya, itu cara dia nak beri motivasi kepada golongan gelandangan terutama anak muda.
“Dia hanya jadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk menjadi gelandangan.
“Saya faham pakcik itu orang tua dan mungkin cara individu itu ada kasar sikit. Tapi saya melihat dia sebagai seorang yang sedang beri motivasi, dia cuma lantang dan tegas.
“Sebab ada kalanya, nak beri motivasi dekat orang gelandangan ini kalau cakap lembut… tak jalan.
“Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana,” katanya menerusi laporan mStar.
Sebelum ini, pemilik nama Fatimah Rahmad Ali itu menyuarakan pendapatnya mengenai video membabitkan influencer media sosial itu di Instagram.
View this post on Instagram
“Aku dapat rasa apa yang dia rasa masa bagi talk ini. Aku juga faham apa yang pakcik tu rasa.
Cuma ada waktunya orang kita ni kena gegar sikit untuk bangunkan daripada tidur. Mungkin cara dia ganas sikit,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, pelakon drama Mak Cun ini berharap semua pihak tidak hanya menonton video itu daripada satu sisi sahaja tanpa menilai perkara lain.
“Apa yang dilakukan individu itu hanya untuk beri motivasi agar anak-anak muda boleh mengubah nasib tanpa perlu memilih menjadi gelandangan.
“Kita tak boleh hanya melihat pakcik itu sahaja… kalau anda tengok video itu betul-betul, ada ramai anak-anak muda gelandangan di situ. Ramai anak muda sekarang memilih untuk jadi gelandangan.
“Sedangkan mereka boleh bekerja tapi pemalas. Mungkin orang melihat individu itu muda dan tiada adab bercakap dengan orang tua seperti itu. Tapi itulah cara orang beri motivasi.
“Netizen hanya nampak individu itu kurang ajar tapi kita tak berada di situ dan tak tahu perangai sebenar segelintir gelandangan macam mana… ada yang pengotor dan pemalas,” ujarnya.
Terdahulu, tular video seorang usahawan yang juga influencer media sosia susulan tersebarnya video dia meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Video tular berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahwan tersebut di Insta Stories akaun peribadi miliknya sebelum dipadam.
Namun, video berkenaan sempat disimpan oleh pengikutnya.
“Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?” antara ‘nasihat’ yang keluar dari mulutnya.
“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, “God show me the way how I want to change my life”. Pernah tak? What if TODAY is the God send me?” tambah usahawan tersebut.
Macam tu je dia sound pakcik ni biadap gila pic.twitter.com/t65ScwNLoG
— Cempaka (@IbuPeri__) July 28, 2021
Rata-rata netizen langsung tidak setuju dengan cara individu itu bercakap yang seolah-olah memperkecilkan golongan yang hidup susah.
Malah ramai juga selebriti tempatan antaranya Yana Samsudin, Datuk Aaron Aziz serta Sherry Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan influencer tersebut.
“Salam brader. Lu Kalau nak tolong orang Jangan nak korek corek kisah silam siapa siapa. Gua tak tahu la lu siapa Tapi jaga lu punya adab.
“Diaorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke lu Kalau nak buat kerja Kebajikan this is not the f%@kin way. Jangan jatuh kan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang.
“Kalau lu rasa lu di hantar Tuhan utk ‘tolong’ orang susah skrg ALLAH juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit.” tulis Datuk Aaron Aziz di Facebook beliau.
View this post on Instagram
“Sherry mmg pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orang2 tua mcm ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang mcm tu. Sangat tak baik.
“Dude you need to change your attitude and need to also LEARN how to treat the elderly with RESPECT.” tulis Sherry di laman Instagram miliknya.
The post “Tak nampak dia biadab atau kurang ajar,” Erma Fatima Luah Pandangan Isu Carl Samsudin appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2VgBelI
via IFTTT
0 Response to "“Tak nampak dia biadab atau kurang ajar,” Erma Fatima Luah Pandangan Isu Carl Samsudin"
Post a Comment